INDUSTRI percetakan negara mampu berkembang sehingga 60 peratus sekiranya konsesi percetakan, penerbitan dan pengedaran buku teks sekolah dan judul am oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diserahkan kepada Dawama Sdn Bhd sejak 2002 tidak disambung kontraknya selepas ia tamat pada 30 Ogos depan.
Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Badruddin Abu Bakar berkata, jika kerajaan memberi semula kontrak percetakan tersebut kepada DBP, ia bakal merancakkan kembali industri percetakan negara.
"Selama 12 tahun kontrak tersebut dipegang oleh Dawama dan kebanyakan syarikat Bumiputera yang terlibat dalam industri ini semakin menguncup dan ada yang gulung tikar.
"Kesannya hampir 10 syarikat mengalami kemerosotan dan lebih 10 syarikat gulung tikar," katanya selepas sidang media berhubung isu kontrak DBP kepada Dawama di Kajang, semalam.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Mohd Nizam Mahshar.
Badruddin turut menjangkakan jumlah syarikat percetakan, pengedaran dan pemasaran Bumiputera juga akan bertambah sekiranya kontrak tersebut diserah semula kepada DBP.
"Buat masa ini terdapat lebih 150 syarikat percetakan, pengedaran dan pemasaran Bumiputera yang terlibat dalam industri percetakan dan saya menjangkakan ia akan bertambah menjadi lebih 250 syarikat selepas ini (jika kontrak tidak disambung kepada Dawama)," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/industri-percetakan-lebih-maju-tanpa-konsesi-1.287787

0 Komentar untuk " Industri percetakan lebih maju tanpa konsesi "