Hakikat pertuduhan terhadap Presiden ISMA - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Hakikat pertuduhan terhadap Presiden ISMA





1. Telah selesai sesi sebutan pertuduhan ke atas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Mahkamah Sesyen Kajang menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula pertuduhan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan wang ikat jamin sebanyak RM 5,000.00.

2. Ustaz Abdullah dituduh melakukan hasutan atas aduan kepada polis yang dilakukan terhadapnya oleh Lim Lip Eng, seorang ahli Parlimen DAP. Beberapa perkataan yang digunakan oleh Ustaz Abdullah seperti ‘Cina dan Inggeris penceroboh’ telah dijadikan alasan aduan tersebut.
3. Sebahagian rakan-rakan dari NGO lain menyokong Ustaz Abdullah atas kenyataannya. Manakala ada juga rakan-rakan dari sesetengah NGO yang menasihati agar Ustaz Abdullah dan ISMA berhati-hati agar tidak lagi mengucapkan apa-apa perkataan seperti penceroboh dan seumpamanya.
4. Adakah Ustaz Abdullah terpaksa berhadapan dengan proses mahkamah hari ini semata-mata kerana perkataan ‘penceroboh’? Adakah yang tersinggung itu Lim Lip Eng sahaja atau siapa sebenarnya di belakang beliau?
5. Ustaz Abdullah hanyalah seorang individu yang dihadapkan ke mahkamah mewakili umat Islam yang mempertahankan kedaulatan negara dan perlembagaannya. Lim Lip Eng adalah seorang ahli Parlimen DAP yang mewakili DAP dan sekutunya. Ini bukan pertembungan antara dua individu tetapi pertembungan antara peruntuh kontrak sosial dan perlembagaan melawan pihak yang mempertahankan perlembagaan dan kedudukan Islam Melayu.
6. Perkataan ‘penceroboh’ hanyalah alasan pertuduhan. Ustaz Abdullah, ISMA, PEMBELA dan lain-lain NGO Islam sebelum ini telah menentang agenda Evangelist, agenda golongan liberal, tuntutan IFC, tuntutan Comango dan lain-lain usaha DAP dan sekutunya untuk mengubah perlembagaan negara. Siri-siri penentangan terhadap agenda DAP itulah sebenarnya punca kenapa mereka berusaha mengheret Ustaz Abdullah ke mahkamah. Selepas Ustaz Abdullah akan ada mangsa seterusnya atas pertuduhan-pertuduhan yang mungkin berbeza pula.
7. Persoalan yang lebih penting dari semua di atas; penggerak NGO Islam, pemimpin parti politik orang Islam, tokoh masyarakat, cendekiawan Islam, golongan ulamak dan masyarakat Islam keseluruhannya …… di pihak manakah sepatutnya mereka?
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden 1 ISMA
http://www.ismaweb.net/2014/06/hakikat-pertuduhan-terhadap-presiden-isma/
0 Komentar untuk " Hakikat pertuduhan terhadap Presiden ISMA "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ