COSMIC Tree Sdn Bhd melalui kerjasama dengan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) menyasarkan koperasi sebagai pasaran utamanya bagi produk pes makanan terbaharu keluaran syarikat itu.
Pengurus Besar Cosmic Tree Mahidi Saleh berkata, Angkasa ialah pengedar eksklusif bagi pemasaran produk itu yang akan dikenali dengan jenama Angkasa Foods.
“Produk Angkasa Foods diklasifikasikan neutral kerana ia tidak mengandungi bahan-bahan seperti penambah rasa (MSG), perwarna tiruan.
"Kami mengambil masa yang lama bagi menghasilkan pes makanan organik sepenuhnya,” katanya dalam Majlis Pelancaran dan Demo Masakan Angkasa Foods di Kelana Jaya, semalam.
Sebagai pengenalan, tiga jenis pes makanan ditawarkan di pasaran iaitu rendang, asam pedas dan sambal tumis.
“Apa yang penting produk ini memiliki sijil halal sah dan pengguna tidak perlu risau mengenai statusnya,” katanya.
Katanya, produk itu boleh didapati di pejabat MyAngkasa Holdings di Kelana Jaya.
Bagi sasaran pemasaran, Cosmic Tree akan menumpukan kepada 10,000 koperasi berdaftar di bawah Angkasa sebelum memasarkannya ke pasaran luar, bergantung kepada sambutan diterima.

0 Komentar untuk " Angkasa Foods intai pasaran besar koperasi "