WESRIA Food Sdn Bhd merancang melaksanakan amalan halal terbaik di medan selera Rasa Food Arena kendaliannya dengan menjadikan sertu (samak) sebahagian daripada proses sanitasi.
Pengarah Urusannya Mohd Taib Ali berkata buat permulaan proses sertu itu dijalankan di medan selera Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang akan beroperasi Jumaat ini.
"Proses sertu iaitu penyucian menggunakan air tanah dilaksanakan oleh MIFF Marketing, syarikat yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang ini dan telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita di Sepang hari ini.
Beliau berkata selepas ini proses itu akan dilaksana di cawangan Rasa Food Arena yang lain secara berperingkat sebagai inisiatif untuk memastikan pelanggan yakin serta tidak was-was untuk berkunjung ke medan selera terbabit.
Rasa Food Arena merupakan medan selera halal terbesar di Malaysia dan setakat ini beroperasi di beberapa pusat membeli-belah utama di Lembah Klang, antaranya Suria KLCC, Alamanda Putrajaya dan beberapa pasar raya Mydin.
Menurut Mohd Taib 30 peratus peniaga bukan Islam Rasa Food Arena turut menitikberatkan aspek kebersihan berlandaskan Islam dan konsep halal. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/rasa-food-arena-jamin-kebersihan-premis-1.287723

0 Komentar untuk " Rasa Food Arena jamin kebersihan premis "