MALAYSIA menunjukkan penurunan tahap keyakinan pengguna yang terbesar di rantau ini antara suku keempat 2013 dan suku pertama 2014, iaitu penurunan enam mata indeks kepada 92 mata, dua mata di bawah purata global iaitu 94 mata, menurut kaji selidik terbaharu Global Nielsen.
Kajian Keyakinan dan Keinginan Berbelanja Pengguna dikeluarkan Nielsen, sebuah syarikat maklumat dan penilaian pemasaran global itu turut mendedahkan keputusan di Malaysia adalah berbeza daripada negara lain di rantau ini.
Pengarah Perkhidmatan Kewangan Nielsen bagi Singapura dan Malaysia, Luca Griseri berkata, tahap keyakinan pengguna di negara ini yang dilihat semakin menurun tidak memuaskan jika dibandingkan dengan pengguna di sesetengah negara jiran yang dilihat lebih berdaya tahan.
"Malaysia catat penurunan suku tahun ini jika dibandingkan tahun lepas, terutamanya disebabkan kenaikan harga petrol dan barangan runcit akibat pengurangan subsidi kerajaan dalam sektor ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai perbandingan, indeks keyakinan Indonesia kekal berada di tangga teratas global dengan 124 mata pada suku pertama 2014, sementara Filipina mencatatkan 116 mata, diikuti oleh Thailand (108 mata), Singapura (99 mata), dan Vietnam (99 mata).
Rakyat bimbang harga makanan, jamin pekerjaan
Keadaan ekonomi, kenaikan harga makanan dan jaminan pekerjaan masih menjadi tiga kebimbangan utama rakyat Malaysia pada suku pertama 2014.
Berbanding suku tahunan sebelum ini, 39 peratus daripada rakyat Malaysia menyatakan keadaan ekonomi menjadi kebimbangan utama mereka (meningkat empat peratus), diikuti dengan 21 peratus pengguna yang berasa bimbang dengan kenaikan harga makanan (menurun dua peratus) dalam enam bulan akan datang.
Jaminan pekerjaan kekal di tempat ketiga, iaitu 20 peratus pengguna bimbang dengan prospek kerjaya mereka, menurun tiga peratus berbanding suku tahunan sebelumnya.
Pengguna Malaysia juga berasa bimbang dengan tahap kesihatan mereka (meningkat lima mata kepada 16 peratus) dan kenaikan harga bil utiliti (meningkat tiga mata kepada 14 peratus) berbanding dengan suku sebelum ini.
Sebaliknya, kebimbangan terhadap hutang dan jenayah menurun berbanding suku tahunan sebelum ini.
“Data-data ini menunjukkan keadaan ekonomi dan masalah kewangan tetap menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia, mengatasi tahap kebimbangan yang lain,” kata Griseri.
Keinginan menabung meningkat
Keinginan menabung dalam kalangan pengguna Malaysia terus meningkat dengan lebih tiga dalam lima orang pengguna memilih untuk menyimpan wang lebihan mereka selepas perbelanjaan bagi keperluan kehidupan pada suku pertama 2014, iaitu peningkatan satu peratus kepada 64 peratus.
Di samping itu, pengguna Malaysia dalam suku pertama 2014 juga mengurangkan perbelanjaan terhadap penambahbaikan rumah, menurun empat mata kepada 14 peratus daripada suku sebelum ini dan hiburan di luar rumah (menurun dua mata kepada 16 peratus daripada suku sebelum ini), sebagai penambahan dana untuk perbelanjaan isi rumah.
“Pengguna Malaysia mengatasi kebimbangan terhadap keadaan ekonomi dengan melebihkan tabungan dan mengurangkan perbelanjaan bagi barangan keperluan peribadi supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi keadaan ekonomi yang lebih teruk lagi.
"Sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, ini mungkin akan membawa kesan negatif terhadap keadaan ekonomi kita,” kata Griseri.
Ubah tabiat berbelanja
Lapan daripada 10 orang pengguna Malaysia terus mengubah tabiat perbelanjaan pada tahun lalu untuk menjimatkan perbelanjaan isi rumah.
Menurut kaji selidik itu, pengguna di Malaysia mengatakan mereka akan terus mengurangkan perbelanjaan isi rumah untuk meningkatkan wang simpanan walaupun keadaan ekonomi semakin baik.
Lima aktiviti utama yang akan terus dikurangkan oleh pengguna Malaysia walaupun keadaan ekonomi bertambah baik adalah penggunaan gas dan elektrik (41 peratus), perbelanjaan untuk pakaian baru (28 peratus), aktiviti hiburan di luar rumah (28 peratus), penukaran kepada jenama barangan runcit yang lebih murah (26 peratus) dan perbelanjaan telefon (21 peratus).
“Walaupun pengguna Malaysia cenderung kepada menabung untuk persiapan awal terhadap keadaan ekonomi, mereka masih sudi berbelanja untuk percutian, dan ini menggambarkan pengguna semakin bijak dalam perbelanjaan mereka,” menurut Griseri.

0 Komentar untuk " Tahap keyakinan pengguna rendah "