JURUTERA sepenuh masa, Ahmad Shah Kamil Abd Rasid yang turut menjual barang bundle di beberapa lokasi sebelum beralih ke online berkata, sambutan orang ramai terhadap barangan bundle semakin menggalakkan.
Mula berniaga bundle sekitar 1995, Ahmad Shah Kamil bercerita, bundle ketika zaman kanak-kanaknya digelar pakaian guni dan dijadikan pakaian harian.
“Waktu dulu kita bukan hidup senang, jadi saya memang pakai baju bundle dari zaman sekolah sampailah sekarang.
“Kalau dulu barangan bundle sambutannya kurang, tetapi sekarang saya lihat makin menggalakkan, kerana peniaga bundle pun sudah semakin ramai dan sudah menjadi satu perniagaan yang besar,” katanya.
Menurut Ahmad Shah Kamil, perniagaan bundle mampu memberi keuntungan kepada peniaga jika tahu selok-beloknya.
“Bagi peniaga bundle biasanya kita akan beli pakaian dalam guni daripada pembekal. Sebagai contoh, satu guni baju t-shirt berleher bulat seberat 45 kilogram. Biasanya harga seguni baju itu sekitar RM500 hingga RM900 dan di dalamnya ada 230 helai hingga 250 helai baju," katanya.
Menurutnya, jika setiap baju dijual pada harga RM5 ia sudah mampu memberi semula pulangan modal kepada peniaga.
“Tetapi kalau dalam guni itu terjumpa pakaian vintage, jadi bonus kepada peniaga, kerana harga pakaian vintage mampu mencecah ratusan malah ribuan ringgit,” katanya.
Ahmad Shah Kamil juga menyedari sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pembekal pakaian bundle kepada peniaga semakin banyak.
“Ini bermaksud industri barang bundle semakin berkembang kerana permintaan tinggi,” katanya.

0 Komentar untuk " Sambutan produk bundle semakin menggalakkan "