DALAM setiap perniagaan, pasti akan ada penggemar atau pembeli setia terhadap sesuatu barangan yang diniagakan.
Begitu juga barangan bundle yang mempunyai penggemar dan pembeli tersendiri yang sanggup menghabiskan wang mereka demi memenuhi minat dan kepuasan yang dicari.
Menurut salah seorang penggemar bundle, Muhamad Haniff Hasan, 24, beliau meminati barangan bundle sejak di bangku sekolah lagi.
“Saya mula minat bundle semasa tingkatan tiga kerana persekitaran saya waktu itu dengan kawan-kawan semua bersembang pasal bundle dan pakai barang bundle.
“Selepas itu saya pun mula belajar sedikit demi sedikit pasal barang bundle dan beli serta kumpul, terutamanya jika musim perayaan,” katanya.
Menurutnya lagi pemikirannya memang sudah sebati dengan barangan bundle, terutama apabila keluar melepak bersama kawan-kawannya, isu yang akan dibincangkan sudah pasti berkaitan bundle.
Teknologi bantu kembangkan perniagaan bundle
Menurut Muhamad Haniff, perniagaan bundle dilihat semakin berkembang selari dengan peningkatan penggunaan teknologi masa sekarang.
“Kalau dulu tiada perantara elektronik seperti sekarang, jadi hendak tahu pasal bundle kita akan sembang dari mulut ke mulut melalui kawan-kawan.
“Tetapi sekarang tidak lagi sebab sudah ada Facebook dan blog, jadi kita boleh tahu jenis atau perkembangan terbaharu barang bundle,” katanya.
Menurutnya lagi, zaman sekarang ramai yang mencari barangan bundle yang sukar diperolehi.
“Biasalah apabila barang rare harga dia pun memang rare sampai beribu-ribu,” katanya sambil ketawa.
Belanja hampir RM10,000 beli barang bundle
Muhamad Haniff turut berkata, buat masa ini beliau belum lagi pernah membeli barangan bundle dengan harga mencecah ribuan ringgit.
“Paling tinggi harga barang bundle yang pernah saya beli ialah sekitar RM600 hingga RM700, itu pun saya simpan elok-elok dan jarang pakai sebab nak jaga keadaan dan kualitinya.
“Kalau ikutkan kiraan saya selama meminati bundle saya sudah membelanjakan hampir RM10,000 membeli barangan bundle.
“Pemikiran saya apabila pakai barang yang asli walaupun bundle, ia memberi kepuasan kerana barang baharu belum tentu asli lebih-lebih lagi sekarang makin banyak barang tiruan di pasaran," katanya.
Beli barang bundle sebagai pelaburan
Apa yang menarik ialah apabila Muhamad Haniff menyuarakan pandangan beliau bahawa membeli barang bundle merupakan pelaburan pada masa akan datang.
Menurutnya setiap bulan beliau pasti akan memperuntukkan sedikit wang untuk membeli barangan bundle.
“Barang bundle terutamanya yang vintage merupakan sesuatu yang berpatutan dari segi keadaan dan umur barang itu sendiri.
“Saya ada simpan satu baju yang dibeli pada harga RM500, menurut rakan-rakan harganya akan naik dalam masa beberapa tahun lagi dan boleh dijual sehingga ribuan ringgit,” katanya.
Muhamad Haniff juga berkata, sebelum ini beliau pernah membeli barang bundle yang berharga RM30 dan dijual semula pada harga ratusan ringgit.
“Pernah juga disindir kawan-kawan kenapa bazir duit beli bundle tapi saya tidak ambil hati sangat, sebab saya tahu ia adalah pelaburan masa panjang dan saya juga bercadang untuk melibatkan diri dalam perniagaan bundle satu hari nanti,” katanya.
Bundle beri kepuasan yang tidak dapat digambarkan
Sementara itu bagi Shahli Aziz Misbani, 22, yang juga merupakan penggemar dan pengumpul barang bundle berkata, barang bundle memberinya satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan.
“Saya mula meminati bundle sejak tujuh tahun yang lalu ketika sedang belajar dalam tingkatan empat lagi selepas melihat kawan-kawan saya memakai barang bundle.
“Selama tempoh tersebut saya sudah membelanjakan hampir RM7,000 untuk membeli barang bundle seperti baju, seluar dan kasut,” katanya.
Singgah setiap kedai bundle yang ditemui
Beliau turut menceritakan bagaimana minatnya terhadap bundle begitu mendalam sehinggakan apabila melihat kedai bundle beliau pasti akan singgah dan mencari barangan bundle yang diminatinya.
“Tetapi sebelum beli saya akan tanya kawan-kawan lain sama ada barang tersebut ada nilai atau tidak.
“Kalau barang tersebut ada nilai dan rare, saya akan terus beli dan simpan kerana saya tahu suatu hari nanti barang tersebut pasti tinggi nilainya,” katanya.
Makin ramai minat bundle
Menurut Shahli Aziz selama meminati bundle perubahan paling ketara yang dapat dilihat ialah dari segi pertambahan jumlah penggemar bundle itu sendiri.
“Perniagaan bundle semakin ramai penggemar, sebab barang bundle ada nilai dan sentiasa ada pembeli.
“Selain itu pasaran bundle memang sentiasa ada sebab semakin lama semakin ramai yang meminati barang bundle terutamanya golongan muda,” katanya.
Situasi ini juga dianggap Shahli Aziz sebagai pendorong untuk beliau menceburi bidang perniagaan bundle suatu hari nanti.

0 Komentar untuk " Barangan bundle beri kepuasan tersendiri "