JAKARTA - INDONESIA. Gabenor Gorontalo Wilayah Sulawesi mengarahkan semua penjawat awam menghadiri solat berjemaah dan ceramah agama untuk menghindari maksiat.
Rusli Habibie yang menggubal undang-undang itu awal bulan ini turut menggesa, penjawat awam menghadiri khutbah Jumaat yang selama ini alasan terbabit digunakan sebagai cara untuk menipu pasangan masing-masing.
“Banyak laporan penjawat awam yang berkahwin menipu pasangan. Mereka menukar pasangan setiap hari dan ada juga menggunakan alasan pergi ke solat Jumaat namun hakikatnya mereka berfoya-foya dengan kekasih kerana waktu rehat yang panjang,” katanya.
Mac tahun lalu, Rusli mengarahkan penjawat awam lelaki memberi kesemua gaji mereka kepada isteri bagi mengelakkan mereka berbelanja untuk perempuan simpanan.
Pada Julai tahun sama juga, beliau mengharamkan pekerja lelaki mempunyai setiausaha wanita, laporan dipetik dari Jakarta Post.

0 Komentar untuk " Solat jemaah, ceramah agama hindar maksiat "