MALAYSIA berada di kedudukan terbaik sebagai pelaksana dan pengamal model pembangunan ekonomi Islam di peringkat antarabangsa sehingga menjadi contoh kepada beberapa negara bukan Islam yang lain.
Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islamik Dunia (WIEF) Tun Musa Hitam berkata, pembangunan ekonomi Islam yang dilaksanakan di negara ini turut mendapat perhatian negara luar seperti Korea Selatan dan China yang berminat mencontohi pendekatan yang diguna pakai.
“Industri perbankan Islam, kewangan Islam dan industri makanan halal, sebagai contoh, terbukti telah menarik minat negara luar untuk mendalami, memahami seterusnya cuba melaksanakan sistem tersebut di negara mereka.
“Ketika dunia sedang mencari alternatif terbaik dalam mengukuhkan sistem perbankan mereka, mereka mendapati sistem perbankan Islam yang diamalkan di Malaysia adalah yang terbaik dan mampu mewujudkan situasi menang-menang antara pemain
industri dan pelanggan,” katanya selepas pelancaran buku tulisan beliau, Ekonomi Abad ke-21 dalam Dunia Islam oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, baru-baru ini.
Menurutnya, sistem perbankan Islam terbukti sebagai alternatif terbaik menggantikan sistem sedia ada selain tahap keselamatan yang lebih terjamin.
Katanya, Malaysia juga merupakan negara perintis kepada industri makanan halal malah berjaya menarik perhatian negara bukan Islam seperti Korea Selatan dan China yang begitu berminat terhadap industri tersebut.

0 Komentar untuk " Malaysia negara contoh konsep ekonomi Islam "