ALOR SETAR - Malang menimpa sebuah keluarga di Kampung Pantai Johor, dekat Anak Bukit di sini, apabila rumah mereka musnah dalam kejadian ribut, kira-kira jam 7 malam kelmarin.
Che Ani Hashim, 56, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah bersama lima anak, seorang menantu dan seorang cucu berusia 11 bulan.
Menurutnya, kejadian berlaku dalam sekelip mata dan mereka menghadapi detik cemas yang hampir dihempap runtuhan rumah sendiri.
“Kebetulan malam ini anak-anak berkumpul, jadi semua ada di rumah. Mula-mula hanya sebahagian bumbung yang diterbangkan angin.
Selepas itu, seluruh bahagian rumah diterbangkan angin kuat kecuali bahagian simen bawah dinding.
“Masa itu juga kayu pada bahagian bumbung jatuh dan hampir menindih cucu saya. Nasib baik menantu sempat dakapnya, kayu itu jatuh pada bahagian belakang dia dan saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, keseluruhan rumahnya ranap namun bersyukur kerana ahli keluarganya tidak mengalami apa-apa kecederaan serius.
“Makcik cuma rasa sakit di belakang sebab terkena kayu. Anak-anak yang lain sempat lari keluar dari rumah. Makcik, menantu dan cucu saja yang terperangkap,” katanya yang kini menumpang sementara di rumah anaknya.
Sementara itu, seorang pegawai polis menghadapi detik cemas apabila kereta yang dipandunya dihempap sebatang pokok.
M Kubendran, 30, bersama isteri sedang memandu kereta tiba-tiba dihempap pokok pada bahagian bonet.
Difahamkan, cermin belakang kereta Pegawai Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar itu pecah manakala bonetnya remuk.
Dalam satu lagi kejadian, seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas terjatuh dari siling rumahnya.
Kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, Ng Bak Seng, 54, dikatakan naik ke bahagian atas siling rumahnya selepas mendapati ada kebocoran akibat hujan lebat.
Menurut abangnya, Ng Bak Lee, 50-an, adiknya mungkin mahu memeriksa kebocoran yang berlaku sebelum terjatuh.
“Dia mengalami pendarahan pada bahagian kepala akibat terhantuk pada bucu almari atau lantai rumah,” katanya.
Bak Seng dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas jalani pembedahan kecil.

0 Komentar untuk " Hampir dihempap rumah sendiri "