KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,570 kedai runcit di negara ini telah dimodenkan di bawah program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) sehingga bulan lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata kementerian itu di bawah projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) melaksana Tukar dengan kerjasama pasar raya besar tempatan dan asing.
"Tujuannya adalah memodenkan kedai runcit sedia ada supaya lebih berdaya saing dan akhirnya meningkatkan jualan serta pendapatan peniaga runcit," katanya ketika menjawab soalan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Pas-Kuala Terengganu) di Dewan Rakyat yang bertanyakan mengenai langkah kerajaan untuk membantu peniaga kedai runcit agar berdaya saing.
Ahmad Bashah berkata kerajaan juga mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk mengatasi masalah persaingan penawaran harga bagi membolehkan peniaga tempatan yang menjual produk KR1M mendapat pendapatan lebih dengan menawarkan produk berkualiti pada harga rendah.
"Peluang perniagaan KR1M adalah terbuka kepada peniaga tempatan," katanya.
Berdasarkan analisis kementerian, Ahmad Bashah berkata pasar raya besar dan antarabangsa menyediakan kemudahan borong dengan harga yang kompetitif kepada peniaga kedai runcit kecil tempatan untuk dijual di kedai mereka.
"Kerajaan memahami keadaan yang berlaku, kita telah dan sedang mengambil pelbagai langkah serta strategi khusus bagi menangani masalah yang berlaku khususnya membantu peruncit," katanya.
Beliau berkata kerajaan menggalakkan perkembangan industri peruncitan dan mengawal selia pengusaha asing dalam sektor itu melalui Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan Pengedaran (Pindaan) 2010. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/program-tukar-bantu-modenkan-kedai-runcit-1.226596

0 Komentar untuk " Program Tukar bantu modenkan kedai runcit "