Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)


Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ditubuhkan sebagai satu unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras Agenda Bumiputera sebagai sebahagian Pelan Transformasi Negara.

TERAJU melapor terus kepada YAB Perdana Menteri dan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Misi utama TERAJU yang ditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 8 Februari, 2011 ialah untuk menentukan apabila Malaysia mencapai Wawasan 2020 nanti, Bumiputera diwakili secara seimbang dalam pekerjaan berpendapatan tinggi, pemilikan syarikat besar dan dalam sektor-sektor pertumbuhan tinggi ekonomi.

Pada 26 November 2011, YAB Perdana Menteri telah melancarkan “Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera” (Bumiputera Economic Transformation Road Map) yang menjadi asas kepada transformasi ekonomi Bumiputera

Fungsi & Peranan

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU),  Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.
  • Menerajui Agenda Bumiputera seperti yang digariskan dalam “Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera” selaras dengan Pelan Transformasi Negara lainnya, termasuklah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Strategic Reform Initiatives (SRI) merentasi kementerian dan sektor.
  •  Memacu perlaksanaan Agenda Bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baru dan memperkenalkan pembaharuan kepada instrumen sedia ada.
  • Menyelaras perlaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputera melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kesemua fungsi ini direalisasi melalui pelbagai inisiatif di bawah empat bahagian iaitu Bahagian Keusahawanan, Bahagian Pembiayaan, Bahagian Kajian Polisi & Institusi, dan Bahagian Pengurusan Stakeholder.
Selaras dengan peranannya untuk meningkatkan partisipasi Bumiputera dalam ekonomi, TERAJU juga mengenalpasti, membangun dan menjadi pemudah cara untuk perlaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah NKEA.

 http://www.teraju.gov.my/
0 Komentar untuk " Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ