DANA BELIA 1MALAYSIA
Dana Belia 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi peluang kepada anak muda atau golongan belia meningkatkan kreativiti dan potensi diri serta pada masa sama, berkongsi segala-galanya dengan masyarakat. dana itu akan menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seawal mungkin selari dengan gagasan 1Malaysia. Secara dasarnya, ia adalah satu idea yang perlu kita lakukan sebagai insentif kepada belia menjalankan projek pilihan mereka selagi ia selari dengan tema nasional 1 Malaysia.
Dalam aspek perniagaan, Program Pembangunan Usahawan Muda (PPUM) adalah juga merupakan satu inisiatif strategik TEKUN Nasional untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan muda serta belia untuk mencebur diri dalam bidang usaha niaga dan perniagaan. Bagi melaksanakan program ini dengan lebih tersusun dan berkesan, pihak TEKUN Nasional akan mengenal pasti syarikat-Syarikat yang berpotensi untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan (Business Opportunities) kepada para belia yang terlibat dengan program ini.
Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) di bawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah merupakan tabung amanah yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berperanan menyediakan dana pinjaman dan melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan dan mengutip balik bayaran pinjaman.
Sementara itu, Skim Belia Niaga-I (SBN) juga disediakan kepada golongan belia. Ia adalah satu program di mana Kementerian Belia & Sukan (KBS) menawarkan pinjaman melalui peruntukan Tabung Dana Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia kepada belia-belia yang berpotensi di dalam bidang-bidang keusahawanan dan perniagaan terpillih. Tujuan pembiayaan adalah untuk modal kerja (membeli bahan mentah), pembelian peralatan perniagaan, aset tetap atau tapak perniagaan di kalangan golongan belia.
Selain itu, dalam aspek pendidikan pula, kerajaan juga menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada penuntut belia IPTA. Biasiswa merupakan bantuan pembiayaan di mana penerima tidak di perlukan untuk mengembalikan bantuan yang diterima, dan kadang kala disyaratkan untuk bekerja dengan penaja. Agensi yang dipertanggungjawab untuk menaja biasiswa kepada penuntut IPTA ialah Jabatan Perkhidmatan Awam. Bagi pemegang biasiswa, mereka yang dipilih tidak perlu risau untuk membuat pembayaran balik. Cuma mereka yang dipilih menerima geran ini akan diikat dengan kerajaan dan segala ilmu dan kepakaran mereka akan digunakan untuk membantu pembangunan negara.
Manakala pinjaman merupakan bantuan
kewangan sementara di mana penerima perlu membayar kembali bantuan
secara penuh atau sebahagian mengikut syarat yang telah ditentukan.
Contohnya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional disediakan
kepada penuntut IPTA/IPTS yang memerlukannya.
Dana Belia 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi peluang kepada anak muda atau golongan belia meningkatkan kreativiti dan potensi diri serta pada masa sama, berkongsi segala-galanya dengan masyarakat. dana itu akan menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seawal mungkin selari dengan gagasan 1Malaysia. Secara dasarnya, ia adalah satu idea yang perlu kita lakukan sebagai insentif kepada belia menjalankan projek pilihan mereka selagi ia selari dengan tema nasional 1 Malaysia.
Dalam Bajet 2011, kerajaan telah
memperuntukkan RM20 juta untuk dana 1Malaysia bagi pembangunan belia.
Dana tersebut diberikan kepada golongan belia berumur 15 hingga 40
tahun. Ia adalah satu cara bagi memperkasakan perpaduan di kalangan
rakyat Malaysia. Bagi cadangan projek atau program yang diadakan, ia
perlu berteraskan kepada perpaduan, mempunyai kesan berganda terhadap
penduduk yang diketuai oleh golongan belia.
PERNIAGAAN
Dalam aspek perniagaan, Program Pembangunan Usahawan Muda (PPUM) adalah juga merupakan satu inisiatif strategik TEKUN Nasional untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan muda serta belia untuk mencebur diri dalam bidang usaha niaga dan perniagaan. Bagi melaksanakan program ini dengan lebih tersusun dan berkesan, pihak TEKUN Nasional akan mengenal pasti syarikat-Syarikat yang berpotensi untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan (Business Opportunities) kepada para belia yang terlibat dengan program ini.
Syarikat-syarikat ini juga adalah
merupakan Syarikat Rakan Strategik kepada TEKUN Nasional yang terlibat
dengan Program Rakan Niaga serta Syarikat-Syarikat yang berpotensi dan
kukuh yang akan bertindak sebagai pembimbing dan mentor. Menerusi
Program ini, TEKUN Nasional dengan kerjasama Syarikat-syarikat Rakan
Strategik tersebut akan menyediakan maklumat, peluang-peluang
perniagaan, pinjaman modal, khidmat nasihat dan bimbingan, sokongan
perniagaan serta jaringan usahawan kepada para belia yang menyertai
program ini.
TEKUN Nasional juga akan bekerjasama
dengan pihak Kementerian Belia dan sukan bagi menjayakan program ini.
Adalah diharapkan semoga dengan pelaksanaan program ini maka lebih ramai
golongan muda serta para belia dan golongan siswazah terutamanya dapat
mencebur diri dalam bidang perniagaan dan seterusnya menjadi usahawan
muda yang berpotensi dan berjaya.
TABUNG EKONOMI BELIA
Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) di bawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah merupakan tabung amanah yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berperanan menyediakan dana pinjaman dan melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan dan mengutip balik bayaran pinjaman.
SKIM BELIA NIAGA-I
Sementara itu, Skim Belia Niaga-I (SBN) juga disediakan kepada golongan belia. Ia adalah satu program di mana Kementerian Belia & Sukan (KBS) menawarkan pinjaman melalui peruntukan Tabung Dana Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia kepada belia-belia yang berpotensi di dalam bidang-bidang keusahawanan dan perniagaan terpillih. Tujuan pembiayaan adalah untuk modal kerja (membeli bahan mentah), pembelian peralatan perniagaan, aset tetap atau tapak perniagaan di kalangan golongan belia.
PENDIDIKAN
Selain itu, dalam aspek pendidikan pula, kerajaan juga menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada penuntut belia IPTA. Biasiswa merupakan bantuan pembiayaan di mana penerima tidak di perlukan untuk mengembalikan bantuan yang diterima, dan kadang kala disyaratkan untuk bekerja dengan penaja. Agensi yang dipertanggungjawab untuk menaja biasiswa kepada penuntut IPTA ialah Jabatan Perkhidmatan Awam. Bagi pemegang biasiswa, mereka yang dipilih tidak perlu risau untuk membuat pembayaran balik. Cuma mereka yang dipilih menerima geran ini akan diikat dengan kerajaan dan segala ilmu dan kepakaran mereka akan digunakan untuk membantu pembangunan negara.
Berdasarkan statistik Jabatan
Perkhidmatan Awam, dalam tahun 2011, dijangka sebanyak 1082 orang
pemegang biasiswa bumiputera dan sebanyak 608 orang pemegang biasiswa
bukan bumiputera menerima biasiswa daripada JPA.
0 Komentar untuk " DANA-DANA BELIA "