Optimumkan
pulangan dari simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda
yang memberikan dividen sekitar 6-7% setahun dengan melaburkan
sebahagiannya dalam dana-dana unit amanah Islam yang diurus oleh CWA dll
yang berpotensi dan terbukti memberi pulangan sebanyak 20-30% setahun
(purata berdasarkan prestasi pulangan 3-5 tahun lepas), insya Allah.
KWSP
membenarkan ahli mengeluarkan 20% dari jumlah yang layak dari akaun 1
KWSP ahli setiap 3 bulan untuk tujuan pelaburan dalam dana unit amanah
Islam yang terpilih.
Melabur
melalui Skim Pelaburan KWSP juga tidak memerlukan transaksi wang tunai.
Pelaburan diurusniagakan terus daripada Akaun 1 anda. Sebarang
penjualan unit, pengeluaran pelaburan mahupun untung juga tidak dapat
terus ke tangan anda melainkan ia berpatah balik semula ke dalam Akaun 1
KWSP anda. Anda hanya boleh mengeluarkan kesemua hasil pelaburan
tersebut apabila berumur 55 tahun nanti.
“72% daripada pesara KWSP yang mengeluarkan simpanan mereka pada ketika umur 55 tahun, menghabiskan kesemua simpanan tersebut dalam masa 3 tahun sahaja."
~ Pengerusi Lembaga KWSP,Tan Sri Abdul Halim Ali
Syarat-syarat
1) Minimum setiap kali pengeluaran ialah RM1,000.00
1) Minimum setiap kali pengeluaran ialah RM1,000.00
2) Jumlah yang boleh dilaburkan ialah 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.
(Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas yang diperlukan) x 20%
3) Anda dibenarkan membuat pengeluaran berkala setiap 3 bulan selepas pengeluaran pertama.
Bagaimana caranya untuk saya mengeluarkan wang KWSP untuk memmbuat pelaburan dalam unit amanah Islam?
Bagaimana caranya untuk saya mengeluarkan wang KWSP untuk memmbuat pelaburan dalam unit amanah Islam?
Langkah-langkah...
1) Berapa umur anda sekarang?
2) Berapakah jumlah Akaun 1 KWSP anda?
3)
Berapakah simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1? (Sila Rujuk
Jadual Simpanan Asas Akaun yang ditetapkan oleh KWP seperti yang tertera
pada pautan ini: Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP
4) Berapakah jumlah yang boleh anda keluarkan untuk membuat pelaburan?
5) Adakah anda layak melabur?
JAWAPAN & PENGIRAAN
Contoh...
Contoh...
1) Umur saya = 35 tahun
2) Jumlah Akaun 1 KWSP saya = RM60,000
3) Merujuk jadual di atas pada umur 35 tahun, Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1 = RM29,000
4) Pengiraan:
= (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Yang Diperlukan) x 20%
= (RM60,000 - RM29,000) x 20%
= (RM31,000) x 20%
= RM6,200
5) Ya, anda layak kerana jumlah wang dari Akaun 1 yang boleh dilaburkan melebihi syarat nilai minimum(RM1,000).
0 Komentar untuk " Optimumkan pulangan dari simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda "