MENGAPA PERLU KEMBANGKAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

MENGAPA PERLU KEMBANGKAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP?

Mengapa anda perlu kembangkan simpanan Akaun 1 KWSP? Adakah simpanan KWSP mencukupi semasa anda bersara nanti?

Contoh

Anda seorang pekerja firma Swasta merancang untuk bersara pada umur 55 atau 60 tahun. Anda hanya bergantung kepada wang simpanan KWSP sahaja apabila tiba masa bersara nanti.(Andaikan tiada langsung hutang setelah anda bersara)

Andaikan umur anda sekarang 30 tahun. Ini bermakna anda ada tempoh masa selama 25 atau 30 tahun untuk buat simpanan sebelum bersara kan? Berapakah anggaran wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat masa bersara pada umur 55 atau 60 tahun nanti? Anggarkan simpanan KWSP yang bakal anda dapat nanti adalah RM 100,000. Ini bermakna anda hanya bergantung dengan wang sebanyak RM 100,000 selepas bersara nanti. Kita tidak tahu sampai bila jangka hayat hidup kita kan? Andaikan jangka hayat hidup hingga umur 75 tahun. Ini bermakna selepas bersara anda hanya bergantung dengan wang RM 100,000 selama 15 atau 20 tahun kan?
Anda merancang bersara pada umur 60 tahun
15 Tahun = RM 100,000
1 Tahun = RM 6,666.67 (RM 100,000/15 Tahun)
1 Bulan = RM 555.56 (RM 6,666.67/12 Bulan)
Anda merancang bersara pada umur 55 tahun
20 Tahun = RM 100,000
1 Tahun = RM 5,000 (RM 100,000/20 Tahun)
1 Bulan = RM 416.67 (RM5,000/12 Bulan)

Adakah nilai wang RM400 atau RM 500 sebulan mencukupi setelah anda bersara nanti? Bagaimana pula dengan kos sara hidup ketika bersara nanti? Tahukah anda Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan:

I. Umur 55 Tahun
II. Kematian
III. Pelaburan Saham Unit Amanah

Melabur Akaun 1 KWSP dalam Unit Amanah
 

0 Komentar untuk " MENGAPA PERLU KEMBANGKAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ