Dalam
pasaran modal Islam (ICM), urus niaga pasaran dijalankan dengan cara
yang tidak mendatangkan konflik dengan hati nurani umat Islam dan agama
Islam. Di sini, terdapat ketegasan undang-undang Syariah supaya pasaran
bebas daripada aktiviti yang dilarang oleh Islam seperti usury ( riba),
perjudian (maisir) dan kesamaran (gharar).
ICM
merupakan satu komponen daripada keseluruhan pasaran modal di Malaysia.
Ia memainkan peranan penting dalam menjanakan pertumbuhan ekonomi bagi
negara ini. Fungsi ICM sebagai sebuah pasaran yang selari dengan pasaran
modal konvensional, dan memainkan peranan sebagai pelengkap kepada
sistem perbankan Islam dalam memperluas dan memperdalam pasaran kewangan
Islam di Malaysia.
Ketika
pasaran menjadi semakin kompleks dan canggih, ia memerlukan sokongan
infrastruktur supaya sistemnya boleh beroperasi dan berfungsi dengan
lebih cekap dan berkesan. Inisiatif awal SC dalam menubuhkan sebuah
Jabatan Pasaran Modal Islam (ICMD) yang berdedikasi dalam Kumpulan
Urusan Strategi dan Pembangunannya adalah untuk menyediakan sokongan
infrastruktur yang amat diperlukan. Mandat bagi ICMD adalah untuk
menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan termasuk membentuk dan
memudahcarakan satu pelan jangka panjang bagi memperkukuh ICM di
Malaysia.
Majlis
Penasihat Syariah (MPS) ditubuhkan pada bulan Mei 1996 untuk menasihati
Suruhanjaya mengenai perkara-perkara yang berkaitan Syariah, yang
membabitkan ICM. Ahli-ahli MPS merupakan individu berkelayakan yang
boleh memberikan pandangan mengenai Syariah dan mempunyai pengalaman
luas dalam pengaplikasian hukum Syariah, terutama dalam bidang ekonomi
dan kewangan Islam.
Hari
ini, ada pelbagai produk pasaran modal untuk orang Islam yang hanya
mahu melabur dan berurus niaga dalam ICM. Produk-produk tersebut
termasuk dalam senarai sekuriti patuh Syariah SC, sukuk , unit amah
Islam, indeks Syariah, waran (TSR), waran panggilan dan kontrak niaga
hadapan minyak sawit mentah.
0 Komentar untuk " Pasaran Modal Islam "