Sinar Harian tukar tajuk dan potong dua perenggan artikel saya – Fathul Bari - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sinar Harian tukar tajuk dan potong dua perenggan artikel saya – Fathul Bari

Fathul Bari juga tak boleh tahan berkaitan kontroversi artikelnya “Barang Naik Ketentuan Allah” dan terpaksa menjawabnya. Fathul Bari berkata Sinar Harian tukar tajuk dan potong dua perenggan artikelnya.
“Tajuk asalnya ‘Bagaimana sikap kita dalam menghadapi kenaikan harga minyak’. Kedua, dua perenggan saya dipadamkan… tapi ini hak mutlak editor,” kata Fathul Bari kepada The Malaysian Insider.
Sebelum itu Fathul Bari mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep “subsidi” tidak digunapakai dalam ekonomi Islam.
“Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini.
“Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah,” katanya menjawab Dr Maza dan Nasruddin yang mempertikaikannya.
Tiada konsep subsidi dalam konsep ekonomi Islam.
“Dalam ekonomi Islam tidak ada istilah subsidi, di zaman Saidina Umar al Khattab, beliau merupakan antara tokoh ekonomi yang merangka perkembangan ekonomi Islam. Subsidi tidak ada, cukai ada. Sepatutnya, subsidi atau hibah (hadiah) ini diberikan kepada golongan sasar, seperti apa yang berlaku pada hari ini. Orang yang mewah kehidupannya juga merasai subsidi tersebut,” kata Fathul Bari.
Gambaran oleh Nasrudin dan Mohd Asri terhadap kenyataannya seolah-olah semua adalah takdir Allah juga tidak tepat.
“Mereka sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha… itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya. Yang saya cuba sampaikan adalah ikhtiar, kita kena sabar. Selepas ini saya menulis sebuah artikel berkenaan dengan kaedah kita mempersoalkan perkara tersebut,” katanya lagi.
0 Komentar untuk " Sinar Harian tukar tajuk dan potong dua perenggan artikel saya – Fathul Bari "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ