Institusi kewangan dalam sesebuah ekonomi adalah nadi penggerak kepada pemesatan kegiatan ekonomi. Ia bertindak sebagai pengantara di antara pihak pendeposit yang mempunyai lebihan wang dan pihak yang defisit yang memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Peranan institusi kewangan sangatlah penting dalam membangun dan memantapkan sesebuah ekonomi melalui penawaran produk dan perkhidmatan kepada pelanggan berteraskan kepada Syariah.
Terdapat beberapa institusi kewangan Islam seperti bank, zakat waqf dan baitulmal. Institusi-institusi ini perlu diperkembangkan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini. Kewangan Islam berasaskan aset dan tidak berasaskan hutang. Walaubagaimanapun, perbankan dan kewangan Islam hari ini masih mempunyai banyak kekurangan contohnya wang tidak berasaskan kepada ekonomi sebenar. Walaupun kesemua instrumen terus berkait dengan aset sebenar, malangnya wang tidak bersandarkan kepada aset.
Transaksi berdasarkan prinsip syariah bersandarkan emas dan perak sebagai tukaran matawang dan tidak boleh ditukar. Penggunaan dinar emas boleh mengelakkan penghasilan wang yang mewujudkan buih semata-mata.
Pembiayaan pinjaman perlu diperluaskan seperti aktiviti berbentuk ‘pengurusan dana’ serta mengambil risiko menggunakan kaedah musyarakah. Bagi pembiayaan rumah, koperasi perumahan Islam adalah sesuai dilaksanakan dengan menggunakan konsep sewa berbanding faedah dan memberikan manfaat kepada pembeli.
Institusi zakat dapat diperbaiki dengan beberapa kaedah seperti menggalakkan orang ramai membayar zakat, ketelusan dalam pengagihan wang zakat dan mempelbagaikan cara pengagihan membayar zakat dan mempelbagaikan cara pengagihan wang zakat.
Institusi waqf memainkan peranan utama dalam pembiayaan, pembangunan dan pengurusan ekonomi orang Islam yang telah lama diabaikan. Waqf memainkan peranan yang amat penting sebagi sumber kewangan untuk berbagai-bagai tujuan yang berfaedah bagi seseorang, kumpulan, masyarakat, dan lain-lain. Contohnya Universiti al-Azhar dibiayai sepenuhnya oleh sistem waqf sahaja. Oleh itu setiap penuntut tidak perlu membayar apa-apa yuran hingga ke hari ini. Oleh itu, institusi Waqf perlu dikaji semula bagi membiayai sistem persekolahan, universiti, hospital dan sebagainya. Wang dimanfaatkan bagi membiayai pendidikan golongan miskin membiayai kajian dan sebagainya.
Baitulmal pula berperanan besar dalam mengurus sistem kewangan Islam. Sebenarnya peranan baitulmal menyerupai Kementerian Kewangan pada masa sekarang. Ianya dijaga oleh seorang yang khusus seperti bendahari atau menteri kewangan sekarang. Ia merupakan tempat khas untuk menjaga harta negara dan perbelajaan yang dikeluarkan tidak bertentangan dengan syara’. Unsur keseimbangan antara perbelanjaan dan pendapatan turut di ambil kira. Baitulmal yang juga merupakan badan perbendaharaan dan peranannya bukan setakat menyimpan dan mengagihkan harta kerajaan bahkan peranannya jauh lebih penting daripada itu.
Dalam konsep takaful, peserta rancangan takaful bersetuju memberi berdasarkan tabarru’ (derma) dengan niat membantu antara satu sama lain berbeza dengan sistem kewangan konvensional, objektif peserta ialah hanya untuk hanya untuk mendapatkan keuntungan dan perlindungan. Manakala prinsip amalan takaful dapatlah disimpulkan sebagai satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong antara anggota masyarakat yang sama-sama ingin mendapatkan perlindungan bagi menghadapi kemungkinan mala petaka dan bencana Dan dari segi urusniaga pula skim takaful nyata mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syara’
Untuk itu, dalam usaha meningkatkan ekonomi ummah, pendekatan holistik amat diperlukan. Konsep Kewangan Islam merujuk kepada prinsip-prinsip syariah yang bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba, gharar (keraguan), maisir (judi), tadlis (penipuan), penindasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya.
0 Komentar untuk " Peranan Institusi Kewangan Islam Dalam Meningkatkan Ekonomi Islam "