http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3657-selepas-tiga-tahun-insaniah-berkembang-pesat
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini memberitahu tidak sampai tiga tahun Pakatan rakyat memerintah, perkembangan Kolej Universiti Islam Insaniah (Insaniah) sudah mencapai keadaan yang terbaik dari aspek perkembangan fizikal dan akademik.
"Saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita dapat membangun dan mengembangkan Insaniah ini ke tahap ini dalam masa tak sampai tiga tahun ini," katanya sewaktu berucap di depan para perwakilan Muktamar PAS ke 57 hari ini.
Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, menambah tentang pembinaan kampus baru institusi pendidikan tersebut bagi menampung seramai 10 ribu pelajar di kampus baru tersebut.
"Kita juga ada dewan terbesar di Utara boleh menampung 6,000 dan 1500 untuk panggung makmal experimen.
Sehubungan itu, beliau juga yakin, Muktamar akan datang boleh dilakukan di Insaniah dengan terbinanya kemudahan yang sesuai dengannya.
Bercakap ketika menggulung perbahasan usul sidang Muktamar PAS ke-57 di Gombak, beliau menegaskan Insaniah yang diambil daripada pemerintahan Umno yang ditinggalkan dalam keadaan yang tidak tersusun dan teratur telah dibangunkan serta dipulihkan kembali oleh Pakatan Rakyat.
"Dulu kita ada pelajar seramai 2,000 dan sekarang ini bertambah kepada 7,000 dan kita ada lapan program pembelajaran tetapi kita kembangkan kepada 43 program pembelajaran yang bermutu dan berstandar tinggi," jelas beliau yang berjaya menceriakan suasana dewan tersebut dengan caranya berucap.
Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, menjelaskan pada dewasa ini Insaniah sedang dalam pembinaan kampus barunya yang dijangka siap pada hujung tahun 2012 untuk kemasukan pelajar bagi sesi 2013.
"Dalam bulan Julai ini perkembangan terbaru Insaniah ialah falkulti perubatan akan bermula beroperasi," tambah beliau lagi.
Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari University of Kent, Canterbury United Kingdom, menjelaskan fakulti perubatan itu mula beroperasi setelah semua kelengkapan infrastruktur telah sepenuhnya disiapkan dan sudah mendapat pengikhtirafan serta kebenaran Australian Medical Council (AMC).
Selain itu, guru-guru dan pensyarah serta kakitangan telah dilantik bagi memstikan perjalanan kampus tersebut beroperasi dengan lancar.
Menurut beliau lagi, mayat untuk tujuan makmal perubatan telah dibeli dari luar negara untuk memastikan pendidikan dan pembelajaran yang dijalankan bertaraf tinggi dan memenuhi profoma antarabangsa.
Belia turut menambah untuk mengambil 100 orang kemasukan pelajar bagi memenuhi kursus tersebut.

0 Komentar untuk " Selepas tiga tahun Insaniah berkembang pesat "