Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR: Lebih 180 calon penuntut Kulliyyah Al-Quran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menghadiri temuduga pengambilan yang diadakan di kolej berkenaan baru-baru ini.Temuduga pengambilan untuk sesi 2010/2011 itu adalah untuk program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat dan Diploma Tahfiz Wal Qiraat.
Dekannya, Profesor Madya Dr Azharuddin Sahil, berkata kuota untuk pengambilan penuntut bagi program ijazah ialah seramai 50 orang manakala diploma 100 orang .
“Bahagian kedua akan dilakukan pada 16 Mei ini berikutan permohonan yang diterima semakin bertambah dan pihak kami akan menyenarai pendek bakal penuntut yang layak daripada segenap aspek sebelum diterima secara rasmi sebagai penuntut KUIN,” katanya.
Sementara itu, calon yang menghadiri temuduga dari Kemaman, Terengganu, Mohamad Akbar Zakaria, 21, berkata, dia tertarik ke KUIN disebabkan program pengajian yang ditawarkan universiti.
“Saya banyak mengetahui KUIN melalui rakan dan juga laman web. Hari ini saya datang untuk temuduga kerana yakin dengan sistem pendidikan KUIN. Selain itu, persekitarannya juga membuatkan saya berasa selesa untuk menyambung pengajian di sini,” ujarnya.
Bakal penuntut dari Segamat, Johor, Nor Syazwani Nadzirah Mohd Sulur, 19, berharap
dapat menjadi mahasiswa KUIN.
Beliau berhasrat mendapatkan ijazah tahfiz di KUIN berdasarkan kesungguhan pensyarahnya dan beliau juga yakin kredibiliti KUIN dalam penawaran program berteraskan Islam sangat membantu penuntut pada masa depan. Justeru itu beliau membuat keputusan akan belajar di KUIN.
0 Komentar untuk " Lebih 180 hadiri temuduga Kuliyyah Al-Quran KUIN "