http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story7786618.asp
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) diyakini dapat mencapai taraf setanding Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terkemuka dunia sebagai pusat pendidikan ilmu, setaraf Universiti Al Azhar (Mesir), Universiti Havard (USA), Cambrige dan Oxford di United Kingdom.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri akan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur bagi mencapai sasaran itu, termasuk menaik taraf kampus Kuin, yang dijangka siap penghujung tahun 2012.
“Kampus tetap Kuin di Kuala Ketil kini berjalan lancar dan difahamkan telah siap hampir 10 peratus, di atas tanah seluas 320 ekar dengan menelan belanja sebanyak RM330 juta,” katanya selepas majlis bersama waris Minggu Silaturrahim Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Azizan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin berkata, selain menyediakan kemudahan infrastruktur, Kuin akan memastikan graduannya memiliki kepakaran dan kemahiran pasaran kerja.
“Oleh itu saya galakkan warga kerja dan pelajar Kuin membuat lebih banyak kajian untuk meningkatkan prestasi Kuin, selain menekankan aspek pembangunan dan penyelidikan (R&D),” katanya.
Menurutnya, Kuin turut mengambil khidmat tenaga pakar dan pensyarah dari luar negara bagi memantapkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai piawaian antarabangsa.
“Sebanyak 16 tenaga pengajar luar negara antaranya Arab Saudi, Somalia dan Mesir mengikat kontrak dengan Kuin selama dua tahun. Lebih 90 peratus pensyarah pengajian Islam adalah dari Universiti Al-Azhar,” katanya.
Ini bersesuaian dengan hasrat Kuin untuk muncul sebagai IPTS terkemuka yang menawarkan sistem pengajian Islamik, yang menjadi pilihan masyarakat kini.
Azizan berkata, pihaknya menyerahkan kepada pengurusan Kuin untuk merangka strategi merealisasikan hasrat itu, dan Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan padu.
“Saya akui dalam beberapa aspek Kuin telah pun menyamai pencapaian dan prestasi kolej-kolej lain di negara ini,” katanya.
Azizan berkata, Kuin merupakan institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia yang menawarkan program integrasi, yang menggabungkan pengajian agama dan profesional dalam satu program serentak.
“Selepas tamat pengajian, graduan akan memperoleh diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan pada masa sama memperoleh ijazah dalam bidang profesional, seperti perubatan atau kejuruteraan. Program sebegini akan menjimatkan masa dan tenaga,” katanya.
Menurutnya, Kuin akan menawarkan tiga program baru bermula Julai depan, iaitu Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Diploma Perhotelan dan Perkhidmatan Halal serta Ijazah Sarjana Kaunseling Islam.
Sejak ditubuhkan 1994 lalu, Kuin kini mempunyai 4,000 pelajar termasuk 756 pelajar antarabangsa.
Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama
I'M MUSLIM
POPULAR POST
-
Oleh: DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi pengajian Islam) SOALAN: Saya mempunyai teman lelaki beragama Kristian. Justeru pengetahu...
-
BELUM pun sempat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim memanaskan ranjangnya di Penjara Sungai Buloh, isu siapa akan mengetuai Pakatan Rakyat sudah ...
-
PERKATAAN dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar iaitu satu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan at...
-
SEPERTI diketahui, sifat asid menghakis dan bahayakan manusia kerana mampu membawa kemudaratan jika terkena pada kulit dan organ lain. ...
-
MELAWATI Kebab! Jenama yang tidak perlu diperkenalkan kerana popular dalam kalangan penggemar kebab terutamanya di Lembah Klang. Bijak ...
-
PETALING JAYA: Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kekecewaan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah bahawa istana Selangor men...
-
SUATU hari, seorang rakan telah menanyakan saya tentang penggunaan perkataan yang betul, sama ada memperisterikan atau memperisteri. Kedu...
-
BERASAL daripada perkataan Web Log, Blog merupakan catatan dalam talian (online) oleh seseorang individu yang berkongsi pandangan, pendap...
-
TIDAK dinafikan bahawa kewujudan perkataan baharu dapat menambahkan bilangan kosa kata sesuatu bahasa. Antara perkataan sedemikian yang a...
-
SEKITAR 1996, nata de coco pernah mencetus fenomena di Malaysia apabila makanan yang hampir menyerupai agar-agar ini menjadi buruan orang...
I'M MUSLIM
KEDAH BIZ
Ahmad Pazil Md Isa
About Me
Maklumat Perniagaan
Facebook Badge
Followers
POSTING TERKINI
Popular Posts

GRADUAN DAN ALAM KERJA
BISNES
KEWANGAN ISLAM
AL-Quran
Buku Online
HADIS
MEDIA ONLINE
T-SHIRT 018-9429943
I'M MUSLIM
UNIT TRUST AND TAKAFUL
KEDAH BIZ
BLOG WEBSITE FACEBOOK
INSANIAH
POLITIK 1
UMNO
POLITIK 2
POLITIK 3
POLITIK 4
Copyright © 2014
Ahmad Pazil Md Isa
-
All Rights Reserved
Template By.
Catatan Info
0 Komentar untuk " Kuin setaraf IPTS terkemuka dunia "