INSANIAH DISERANG H1N1 - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

INSANIAH DISERANG H1N1

INSANIAH DISERANG H1N1

Seramai lebih 4000 mahasiswa Insaniah mula bercuti pada hari ini kerana akibat arahan perintah penutupan permis yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perintah tersebut dikeluarkan akibat seramai 100 orang lebih telah disyaki menghidap tanda-tanda Influanza H1N1. Berikutan itu, Kolej Universiti Insaniah akan mula bercuti selama 10 hari dan akan dibuka kembali pada 16 Ogos 2009. Cuti tersebut akan mengantikan cuti pertengahan semester yang sepatutnya dijangka pada 20 Ogos ini.

Pesta konvokesyen yang sedang berlangsung bermula 1 hingga 5 Ogos juga terpaksa ditunda dengan beberapa aktiviti utama terpaksa ditangguh seperti Forum Wacana Siasah yang bertajuk 'Polimik ISA:Antara Benteng Kerajaan dan Kepentingan Negara' dan Konsert Citra Warna. Sebanyak 50 gerai jualan dan pameran juga terpaksa ditutup sebagai langkah susulan bagi mengelakkan virus tersebut menular. Tarikh aktiviti-aktiviti yang tertangguh akan diumumkan selepas tamat cuti tersebut.

Tinjauan MPMedia mendapati seramai lebih 2000 orang pelajar telah meninggalkan kolej kediaman masing-masing dan kini mereka bersesak-sesak di stesyen-stesyen bas utama seperti Shahab Perdana dan Pekan Rabu serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas.

Majlis Perwakilan Mahasiswa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya mengharapkan agar semua mahasiswa memanfaatkan cuti tersebut dengan sebaik-baiknya. Beliau juga berharap agar segala langkah-langkah keselamatan diambil oleh pihak pentadbiran universiti bagi memastikan virus ini tidak tersebar dan memudaratkan orang lain. Pihak MPM memohon maaf atas segala permasalahan yang timbul akibat kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga-peniaga gerai jualan PESKO.

0 Komentar untuk " INSANIAH DISERANG H1N1 "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ