http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/kenalkan-program-baru-mantapkan-peranan.html
ALOR SETAR- Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyarankan supaya Kolej Universiti Insaniah memperkenalkan beberapa program baru sebagai kursus di universiti itu seperti bidang perundangan, pertanian, pengurusan perhotelan dan perkhidmatan halal serta sains kesihatan dalam usaha memantapkan lagi peranan universiti itu pada masa akan datang.
Baginda bertitah, penambahan program baru itu mampu meletakkan Insaniah sebagai salah sebuah universiti terkemuka di negara ini dan setanding dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain yang sudah lama bertapak di negeri ini khususnya dan negara ini amnya selain dapat menyediakan sumber manusia yang baik.
“Beta berbangga dengan langkah pemantapan kurikulum dan penambahan program pengajian yang dilakukan oleh Insaniah yang hanya bermula dengan tujuh program pada tahun lalu dan kini ia telah bertambah sehingga 40 program.
“Beta juga berharap Insaniah akan menjadi universiti pertama yang akan melahirkan tenaga pakar dalam bidang pengajian al-Quran selaras dengan hasrat untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat gedung ilmu berteraskan pengajian al-Quran,” titah baginda sempena majlis Konvokesyen ke-11 Insaniah, di sini.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Rektor Insaniah, Datuk Dr Jamil Osman.
Tuanku Abdul Halim bertitah, langkah berani Insaniah dalam menawarkan program baru termasuk menawarkan program diploma kejururawatan Islam dan empat program pasca siswazah perlu diteruskan selaras dengan kehendak Insaniah untuk melahirkan graduan yang mahir dalam pelbagai disiplin, proaktif dan berdaya saing.
Sultan Kedah bertitah langkah pemantapan dan perubahan struktur pengurusan serta penambahan tenaga pengajar yang sebahagiannya sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah adalah penting dalam usaha menjamin kualiti program pengajian di situ.
“Justeru beta berharap Insaniah mampu bersaing dengan IPTA tempatan yang lain dalam memantapkan mutu pengajian di Insaniah pada masa akan datang,” titah baginda.
Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama
I'M MUSLIM
Kenalkan program baru mantapkan peranan Insaniah
POPULAR POST
-
Oleh: DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi pengajian Islam) SOALAN: Saya mempunyai teman lelaki beragama Kristian. Justeru pengetahu...
-
BELUM pun sempat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim memanaskan ranjangnya di Penjara Sungai Buloh, isu siapa akan mengetuai Pakatan Rakyat sudah ...
-
KALAU ada peserta Maharaja Lawak bercerita: "Sebenarnya Hang Tuah pernah bertapa di atas Bukit Uhud bagi menajamkan lagi ilmu persil...
-
DATUK Husam Musa, nama yang tidak asing dalam dunia politik. Beberapa kali pernah diangkat sebagai pimpinan tertinggi Pas. Pada pemilih...
-
Kenyataan Biro Politik ISMA berhubung isu MB Selangor: Mempertegas wala’ sesama muslimin Daripada keputusan PRU13 lalu jelas seba...
-
TERHARU betul membaca kisah Nur Zuliana Zaara. Baru berusia lima tahun anak tersebut telah melalui penderitaan yang begitu dahsyat, dan...
-
SEJAK menolak tawaran Mariam melalui e-mel supaya saya warisi wangnya berjumlah lebih RM1 juta tahun lalu, saya tidak terima lagi rayuan ...
-
TAHUN 1964 merupakan masa paling bermakna dalam proses permulaan aku mengenali apa itu filem. Berusia 10 tahun dan di darjah 4 ketika itu...
-
SELEPAS hijrah Nabi Muhammad SAW, tidak ada hijrah lagi, namun semangat berpindah atau melakukan perubahan ke arah keadaan lebih baik ada...
-
Dunia hari ini semakin menuju penghujungnya. Pelbagai peristiwa dan fenomena alam yang berlaku di muka bumi ini menunjukkan betapa tuanya...
I'M MUSLIM
KEDAH BIZ
Ahmad Pazil Md Isa
About Me
Maklumat Perniagaan
Facebook Badge
Followers
POSTING TERKINI
Popular Posts

GRADUAN DAN ALAM KERJA
BISNES
KEWANGAN ISLAM
AL-Quran
Buku Online
HADIS
MEDIA ONLINE
T-SHIRT 018-9429943
I'M MUSLIM
UNIT TRUST AND TAKAFUL
KEDAH BIZ
BLOG WEBSITE FACEBOOK
INSANIAH
POLITIK 1
UMNO
POLITIK 2
POLITIK 3
POLITIK 4
Copyright © 2014
Ahmad Pazil Md Isa
-
All Rights Reserved
Template By.
Catatan Info

0 Komentar untuk " Kenalkan program baru mantapkan peranan Insaniah "