Mazhab non-kafir vs Muslim - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Mazhab non-kafir vs Muslim


“DAN tidaklah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmah lil-’aalamiin (rahmat kepada sekalian alam).” Surah Al-Anbiya': ayat 107.

Seorang Muslim didefinisikan sebagai rahmah lil-’aalamiin. Maknanya, dia mendefinisikan identiti dirinya secara positif iaitu menjadi rahmat kepada semua. Mindset positif ini dijelaskan lagi dalam Surah Ali Imran, ayat 110 yang bermaksud, “Kamu adalah umat terbaik “ukhrijat lin-naas” (yang diutuskan untuk manusia), menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH.”

Seorang Muslim mempunyai mindset di mana dia mendefinisikan dirinya secara positif iaitu melihat dirinya mempunyai amanah lin-naas (untuk manusia sejagat). Apabila dia memikirkan persoalan makruf mungkar, dia memikirkannya dalam konteks lin-naas.

Ringkasnya mindset “default” seorang Muslim berkata, “Aku adalah Muslim kerana aku adalah rahmat lil-’aalamiin, maka aku memikul amanah untuk menjaga maslahat lin-naas. Aku bertanggungjawab untuk memberi kebaikan kepada semua dan menolak kemungkaran dari semua tanpa bias, prejudis dan pengecualian.”

Mindset Muslim adalah bersifat global, inklusif dan mulbudaya. Tetapi mindset default “non-kafir” mendenisikan dirinya secara negatif. Dia melihat dirinya sebagai rahmat “lighairil kaariin” (untuk selain dari orang kafir).

Bila dia memikirkan persoalan makruf mungkar atau kemaslahatan, dia memikirkannya hanya dalam konteks menjaga maslahat yang bukan kafir sahaja. Maknanya mindset Non-Kafir mendefinisikan identiti dirinya secara negatif atau penafian dengan berkata, “Aku adalah Muslim kerana aku bukan kafir.

Aku adalah Muslim kerana aku bukan kamu, kerana aku anti-kafir, kerana aku menentang kamu, kerana aku menafikan kamu!” Seorang Muslim mendefinisikan dirinya a priori dengan positif, “Aku adalah kamu dan aku pro-kemanusiaan”.

Seorang non-kafir mendenisikan dirinya a priori dengan negatif, “Aku bukan kamu dan aku anti-kemanusiaan.” Nabi ditanya tentang apakah islamisasi yang paling hebat. Jawapan Nabi SAW adalah bersifat positif, bukan negatif.

Nabi menyuruh beri makan dan memberi salam kepada orang yang dikenali dan tidak dikenali. Hadis ini terdapat dalam Sahih Bukhari.

Nabi tidak memberi jawapan negatif tentang usaha Islamisasi iaitu Nabi tidak berkata jangan beri makanan kepada kafir atau jangan ucap salam kepada kafir. Maka pendakwah Dr Zakir Naik telah memilih pendapat tentang keharusan memberi salam walaupun kepada masyarakat mulbudaya dan mulagama.

Tetapi mindset non-kafir bersifat negatif. Jihad baginya adalah perjuangan anti-kafir atau sesiapa yang dia label sebagai kafir. Islamisasi adalah usaha memartabatkan hak-hak Muslimin dan menafikan sebanyak mungkin hak-hak karin.

Maka kita melihat mazhab non-kafir ini menghabiskan 99% masa dan tenaga mereka untuk menafikan hak-hak orang kafir daripada memberi rahmah lil-’aalamiin dan menjaga maslahat lin-naas. Mereka hidup lebih dalam konteks penafian, bukan pemberian.

Psikologi mereka ini diperkukuhkan lagi oleh perasaan schizophrenia terhadap orang kafir. Mereka rasa tidak selamat selagi orang kafir wujud di dunia seolah-olah semua musibah yang menimpa mereka adalah konspirasi orang kafir.

Sebenarnya mazhab non-kafir berpunca dari kejatuhan khilafah terakhir dan penjajahan kolonialisme. Mazhab non-kafir adalah mindset pasca-kolonialisme yang dilanda kemurungan, delusi dan kekeliruan bila melihat pusat kuasa dunianya hancur dan diganti Dunia Orde Baharu.

Ia keliru bila ia melihat pusat kuasa dunia berpindah daripada khilafah Muslimin kepada kolonialisme Kaafirin. Dulu Muslimin adalah Tuan dunia tetapi sekarang adalah dunia ketiga! Tuan Dunia terkini adalah kaafirin.

Persoalan paling utama bagi non-kafir ialah bagaimana kembalikan ketuanan politik Muslimin? Mazhab non-kafir ini mengambil jalan paling mudah untuk diagnosis masalah ini. Punca hilangnya ketuanan Muslimin ialah konspirasi kaafirin.

Maka, solusinya ialah nafikan hak-hak dan maslahat kaafirin habis-habisan sehingga ketuanan politik Muslimin dikembalikan!

Maka perjuangan mana-mana parti berlabelkan Islam yang bersifat non-kafir ini adalah perjuangan memperkukuhkan usaha-usaha anti-kafir seperti memartabatkan ketuanan sesuatu bangsa yang beragama Islam sebagai usaha anti-bangsa kafir, memperkasakan hudud sebagai anti-undang-undang kafir, anti-konsert kafir, boikot barangan kafir, anti-liberalisme kafir, anti-penggunaan kalimah ALLAH oleh kafir, anti-Icerd kafir dan lain-lain. Semua ini memberi implikasi anti-kafirin, bukan usaha pro-kemanusiaan, bukan usaha lil-’aalamiin, bukan lin-naas.

* Abdul Naser Tun Rahman Tokoh Pendakwah Perak
0 Komentar untuk " Mazhab non-kafir vs Muslim "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ