Landskap Gelombang Merah Kelantan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Landskap Gelombang Merah Kelantan



SEJAK Gelombang Merah pertama dilancarkan pada 2010 di Kelantan sehingga hari ini, telah menyumbang bakti kepada perubahan di Kelantan. Usaha Datuk Sri Mustapa Mohamed yang membawa banyak program pembangunan ke negeri Kelantan perlulah dihargai dan dinilai rakyat negeri itu.

Malah, sepatutnya satu institusi pemikiran Mustapa yang menjadi mentor kepada penubuhan dan perkembangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), perlu ditubuhkan bagi merealisasikan kejayaan Gelombang Merah di Kelantan. Sebanyak RM473 juta dibelanjakan untuk penubuhan Kampus Kota, RM130.69 juta pula untuk pembinaan Kampus Bachok dan RM46.05 juta untuk Kampus Jeli. Penyelenggaraan dan pembangunan dalaman UMK turut mendapat perhatian daripada mentor UMK ini.

Usaha Mustapa turut membawa pelbagai program dan projek pembangunan di Kelantan. Antaranya projek naik taraf dan bina masjid baharu dengan kos sebanyak RM131.2 juta melibatkan Masjid Kampung Nara, Pasir Putih; Masjid Al-Bakti, Belukar, Ulu sat, Machang; Madrasah Annajmiah, Pengkalan Kubor; Masjid Al-Raudah, Banggol Judah, Machang; Masjid Ayesha, Kok Lanas; dan Masjid Al-Hannan, Tendong. Manakala sebanyak RM194.1 juta diperuntukkan untuk membiayai Program Bantuan Rumah Negeri Kelantan bermula tahun 2008. Sebanyak 32,076 unit rumah telah dibaikpulih.

Seterusnya sebanyak RM152.8 juta diperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Kelantan bermula 2010 hingga 2016. Antaranya, RM3.5 juta untuk Majlis Bandar Raya Islam Kota Bharu, Majlis Daerah Pasir Mas RM2.37 juta, RM1.44 juta untuk PBT daerah Tanah Merah dan lain-lain. Sebanyak RM1.567 juta diperuntukkan untuk menaik taraf Dataran Muhammadi dan kemudahan di Zon Warisan Budaya.

Kejayaan pembangunan Bandar Baru Tunjong yang dilaksanakan Umno Kelantan pada RMK10 iaitu RM143.7 juta untuk pembangunan Rural Transformasi Center (RTC), RM36.5 juta untuk pembinaan Jabatan Pendidikan Kelantan, RM21.82 juta untuk Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah, RM13.28 juta untuk pembinaan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan dan lain-lain lagi projek yang bakal dibina dalam RMK11. Selain itu, pembinaan Pusat Transformasi Bandar di Kota Bharu yang merangkumi 30 agensi menelan belanja sebanyak RM34 juta. Turut dibina juga Kolej Matrikulasi Kelantan di Kok Lanas sebanyak RM170 juta.

Tidak ketinggalan, pembinaan hospital awam baharu untuk kemudahan rakyat Kelantan iaitu Hospital Kuala Krai sebanyak RM304.7 juta; Hospital Bachok, RM140.99 juta; Hospital Jeli dan beberapa buah klinik kesihatan turut berada dalam perancangan pembangunan RMK11.

Bagi projek pembinaan kemudahan jalan raya dan kereta api tidak juga ketinggalan dengan kos pembinaan laluan bertingkat lintasan kereta api Tanah Merah berjumlah RM180 juta, lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, RM399.78 juta dan juga pembinaan jambatan Pasir Mas dan lebuh raya Pasir Mas ke Rantau Panjang dalam proses perlaksanaan.

Ini menunjukkan projek dan program pembangunan yang diusahakan Umno Kelantan sepanjang RMK8, RMK9 dan RMK10 berjumlah RM15 bilion. Bagi RMK11 pula sebanyak RM10.74 bilion yang dilaksanakan dari tahun 2016 hingga 2020 melibatkan 233 projek dan 17 kementerian. Bantuan kepada peruntukan kekurangan akaun pengurusan kepada kerajaan negeri Kelantan dari tahun 2005 hingga 2014 adalah RM685 juta.

Jika diteliti geran Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan pada 2014 adalah sebanyak RM427.65 bilion yang meliputi penyelenggaraan Jalan Negeri, pemberian tahap, pemberian di bawah senarai bersama, pemberian mengikut bilangan penduduk, pemberian akaun mengurus dan lain-lain.

Maka, jasa Umno Kelantan di bawah kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan adalah amat besar. Usaha Mustapa membangunkan Kelantan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abd Razak tidak boleh dilupakan. Sepatutnya pemimpin-pemimpin, sama ada bahagian atau cawangan bekerjasama dan mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain dalam melaksanakan tugasan Gelombang Merah sebagai satu pasukan dan bukannya di atas faktor kepentingan individu. Program Jelajah Turun Padang bertujuan membawa masalah rakyat marhaen ke peringkat negeri untuk diselesaikan. Tidak mustahil jika niat murni dan tindakan positif antara satu sama lain boleh membawa kepada kejayaan realisasi Gelombang Merah di Kelantan.

0 Komentar untuk " Landskap Gelombang Merah Kelantan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ