Sebar dakwah bukan untuk dipuji - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sebar dakwah bukan untuk dipuji



MENYEBARKAN kebenaran mungkin sesuatu yang mudah, namun untuk terus kekal setia pada kebenaran adalah perkara sangat sukar. Jika matlamat demi meraih penghargaan manusia, maka semangat kita pasti goyah. Sebaliknya, jika Allah SWT menjadi tujuan dan matlamat, nescaya kita akan tetap setia dengan kebenaran. Itu yang dikongsi Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman menerusi segmen Ibrah di IKIMfm.

Beliau memetik firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak ketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak tentu hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?" (Surah al-Syu'araa', ayat 224-226) Sebagai pendakwah, jangan terlalu mengambil kira apa yang disampaikan didengari atau tidak. Apabila meneliti sejarah nabi yang menyampaikan ayat Allah SWT, ramai tidak berminat jika kita membuka mulut untuk menyampaikan sesuatu berkaitan agama. Justeru, hayati motivasi daripada Rasulullah SAW untuk memberi perhatian kepada apa bakal disampaikan bukan berapa ramai mahu mendengar atau mengikut. Jangan bercita-cita mahukan pengaruh besar kerana nabi setia dengan kebenaran (ayat Allah SWT).

Tak perlu bimbang penerimaan manusia 

Terkadang kita cepat berasa hati jika ramai pendengar dan penerima mesej memberi maklum balas negatif terhadap apa disampaikan. Sebagai pendakwah, kita tidak perlu bimbang penerimaan manusia, sebaliknya risaukan penerimaan Allah SWT terhadap kerja dilakukan. Allah SWT menjelaskan dalam al-Quran bagaimana nabi berseorangan dalam menyebarkan dakwah tanpa sokongan dan pujian, namun mereka tetap setia dengan kebenaran. Hayati kisah Nabi Musa dalam surah ini ketika diserang Firaun dan waktu itu Baginda menghadap ke laut merah. Sekalipun pada waktu itu, Nabi Musa ditegur oleh sahabatnya ke mana lagi mahu pergi menyelamatkan diri sedang Firaun mengejar mereka. Maka, Nabi Musa masih setia dengan kebenaran dan berkata, "Jangan bimbang, Allah SWT beri petunjuk". Sekalipun musuh telah mengepung dan tiada tempat untuk melarikan diri, nabi-nabi masih tetap bersama dengan kebenaran.

Setia dengan kebenaran 

Begitu juga Nabi Ibrahim ketika Baginda masih remaja, Allah SWT rakamkan ucapan panjang Nabi Ibrahim dengan maksud Baginda masih meneruskan ucapan sekalipun Baginda dicerca oleh kaumnya. Ini membuktikan nabi masih terus setia dengan kebenaran sekalipun tidak mendapat perhatian dan sokongan daripada kaumnya seperti kisah Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Salleh, Nabi Luth dan Nabi Syuib yang diceritakan Allah SWT menerusi surah al-Syu'araa'. Mereka tetap setia dengan mesej yang sama, "Tolonglah takut dengan Allah SWT dan tolonglah taat kepadaku pesuruh Allah SWT. Aku tidak meminta apa-apa bayaran daripada kalian dan aku dibayar hanya oleh Allah SWT." (Ucapan Nabi Nuh mewakili perjuangannya selama 950 tahun)

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/203646
0 Komentar untuk " Sebar dakwah bukan untuk dipuji "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ