MUDAH sangat untuk mengatakan ini halal dan ini haram. Mudah sangat untuk berhujah dalam interfaith dialog. Saya lihat sebahagian da'i-da'i makin hebat mencari percanggahan dalam kitab-kitab agama lain.
Saya lihat da'i makin hebat mempromosikan dirinya sendiri dalam poster-poster yang sehebat promosi filem-filem Bollywood.
Ada da'i yang obses update berapa like dalam FBnya atau views dalam YouTube seolah-olah ia adalah penentuan kejayaan dakwahnya. Rupanya, ada syarikat yang jual followers! Boleh beli sejuta followers dengan mudah kalau ada duit.
Kita perlu kembali kepada Surah Abasa. Ar-Razi dalam kitab Mafaatiih al-Ghaib berkata bahawa ulama telah berijmak bahawa surah ini diturunkan kerana peristiwa berkenaan seorang lelaki buta yang bernama Abdullah Ibnu Ummu Maktum atau dikenali sebagai Ibnu Ummu Maktum sahaja.
Dalam Hadis riwayat at-Tirmidzi, Aisha RA menceritakan bahawa Ibnu Ummu Maktum telah pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW. Pada masa yang sama, Nabi sedang berdakwah kepada golongan elit Quraisy.
Golongan super kaya dan berkuasa politik. Ulama berkata bahawa Abu Jahal adalah salah seorang daripada golongan elit ini. Kalau golongan ini masuk Islam, nescaya seluruh Quraisy juga akan masuk Islam. Ini dakwah yang sangat penting bagi Nabi SAW.
Pada saat yang penting inilah Ibnu Ummu Maktum mendatangi Nabi untuk nasihat! Masa ini Ibnu Ummu Maktum sudah peluk Islam. Walaupun beliau buta, beliau mampu dengar Nabi sedang rancak berdakwah dengan bukan Muslim. Sepatutnya beliau tidak perlu menyampuk perbualan Nabi SAW yang penting ini dengan bangsawan Quraisy musyrikin.
Saya teringat kadang-kadang bila saya tengah makan dengan keluarga saya di restoran, tiba-tiba orang buta datang menjual tisu, “Encik, nak beli tisu?” Saya terkejut. Tengah sedap menikmati udang kam heong, tiba-tiba tergendala. Timbul perasaan geram. Bukan sekadar muka saya termasam, udang kam heong yang sepatutnya manis pun termasam!
Tapi iman saya terus mengingatkan saya tentang kisah Ibnu Ummu Maktum. Ibnu Ummu Maktum tanya Nabi, “Ya Rasulullah, bimbinglahku”. Nabi SAW bermasam muka dan berpaling darinya untuk meneruskan dakwahnya kepada musyrikin. Maka turunlah ayat-ayat dalam Surah Abasa dengan terjemahan/tafsiran berikut:
“Dia bermasam muka dan berpaling bila seorang buta mendatanginya. Apakah yang buat engkau terlintas barangkali dia ingin membersihkan dirinya daripada dosa? Atau dia ingin mendapatkan bimbingan, lalu bimbingan itu memberi manfaat kepadanya?
Adapun orang yang rasa dirinya kaya serba cukup, maka kamu segera melayaninya. Padahal kamu tidak bertanggungjawab (berdosa) kalau dia tidak kisah untuk menyucikan dirinya. Dan orang yang datang kepada engkau dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan takut kepada ALLAH SWT, maka kamu mengabaikannya!”
Bila saya membaca ayat-ayat di atas, saya menggeletar ketakutan. Teringat beberapa kali bila ada majlis interfaith dialog seperti dialog dengan Buddhisme, saya lebih suka duduk bersama VIP Buddhist. Meja bulat.
Makanan lebih sedap dan terhidang. Kalau duduk bersama dengan rakyat mustad’afin, kena berbaris panjang bersama OKU, orang tua-tua dan perempuan mengandung untuk mengambil makanan secara bergilir-gilir.
Alasan saya ialah kalau VIP masuk Islam, kelas bawahan akan ikut sekali. Maka, logiknya ialah dakwah kepada VIP sahaja. Mungkin dapat projek glamor lebih lagi. Dakwah sambil makan sedap-sedap dengan selesa.
Imam Fakhruddin Ar-Razi telah menceritakan hujah mereka yang hentam Ibnu Ummu Maktum bahawa beliau biadab kerana menyampuk dakwah Nabi SAW. Beliau sebagai Muslim patut nampak bahawa kalau bangsawan Quraisy memeluk Islam, ini manfaat yang besar untuk dakwah. Ar-Razi menjawab dengan mengemukakan ayat 52, Surah al-An’am yang bermaksud, “Dan janganlah engkau mengusir mereka yang berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang.”
Apakah kita mementingkan glamor, kekayaan, keduniaan, VIP daripada maslahat OKU dan mustad’afin?

0 Komentar untuk " Da'i terlebih muliakan VIP "