DAKWAH ialah naik pentas dan bercakap tentang Islam? Ramai yang anggap dakwah merupakan peluang untuk menonjolkan kehebatan bercakap atas pentas.
Pendakwah melihat dirinya seperti pelakon teater. Yang utama dijaga ialah kawalan suara, memek muka, skrip dialog, cara berdiri, cara berjalan dan semua aksi-aksi seorang pelakon.
“Berapa orang telah kamu berjaya Islamkan?” Ramai pendakwah suka pada soalan ini sambil menunjuk-nunjuk gambar-gambar di mana dia telah mengislamkan ramai orang. Pengislaman menjadi seolah-olah press conference.
Seorang presiden NGO dakwah mungkin menganggap inilah peluang untuk mengambil gambar bagaimana dia mengislamkan seorang lagi. KPI presiden pun naik kerana “berjaya mengislamkan” ramai orang. Jemputan bertubi-tubi diberi kepadanya untuk memberi syarahan tentang manhaj dakwah yang paling efektif.
Tetapi pernahkah kita tanya soalan sebenarnya siapakah yang berdakwah kepadanya sehingga terlintas di hatinya untuk mengenali Islam? Adakah presiden di atas yang berjaya mencuit hatinya? Saya ambil contoh Dr Zakir Naik.
Heboh di media bagaimana Dr Zakir berjaya mengislamkan Nina Grace dengan hanya bercakap beberapa minit di atas pentas. Inilah cara dakwah yang paling diimpikan oleh ramai pendakwah. Naik pentas yang besar, penonton yang ramai, liputan media yang luas. Sorakan takbir bergema. Air mata berlinangan kagum. Flash kamera tak henti-henti. Pendakwah terbayang kalaulah dia menjadi sehebat Dr Zakir satu hari nanti.
Sehebat yang macam mana? Sehebat seorang selebriti atau sehebat seorang yang hanya tinggal di rumah kos murah. Protege Dr Zakir memberitahu bahawa Dr Zakir merupakan seorang pendakwah yang zuhud. Hanya tinggal di rumah flat kos rendah.
Adakah pendakwah kita ingin menjadi seperti Dr Zakir dari segi mendapat sorakan, perhatian media, banyak “like” di Facebook atau hidup zuhud sepertinya?
Kembali kepada pengislaman Nina Grace. Nina Grace telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang Kristian yang selalu membaca Surah al-Fatihah, al-Ikhlas dan 3 Qul. Kemudian Dr Zakir tanya Nina sama ada Nina percaya bahawa Tuhan itu satu. Nina jawab ya.
Dr Zakir kemudian bertanya sama ada Nina beriman kepada Jesus sebagai tuhan. Jawapan Nina ialah tidak. Dr Zakir juga tanya sama ada Nina beriman kepada Muhammad SAW sebagai Rasulullah. Nina jawab ya. Lalu Dr Zakir memberitahu Nina bahawa sebenarnya Nina sudah pun menjadi seorang Muslimah. Zakir pun terus suruh Nina melafazkan syahadah dalam bahasa Arab.
Stadium penuh beremosi, media shoot dekat, sorakan takbir bergema. Inilah saat paling dinanti-nantikan oleh setiap pendakwah. Saya mahu menjadi seperti Dr Zakir. Mudah dakwah. Tak perlu susah payah dalam dakwah. Tak perlu masuk kampung terpencil di hutan.
Tak perlu berhujah. Tak perlu baca buku. Tak perlu susah payah baiki akhlak ummah. Hanya bercakap beberapa minit, Nina dah diIslamkan penuh glamor! Saya mahu jadi seperti Dr Zakir. Mudah dan cepat popular. Saya mahu jadi pendakwah!
Tetapi cuba analisa kembali siapa sebenarnya yang Islamkan Nina Grace. Siapa yang ajarnya kesemua surah di atas? Siapa yang berjaya yakinkan Nina sehingga Nina timbul minat untuk membaca surah-surah ini? Siapa yang berjaya mengubah mindset Nina sehingga beliau percaya Tuhan hanya satu dan Jesus bukan Tuhan?
Siapa yang memperkenalkan Nabi Muhammad SAW kepadanya sehingga Nina beriman kepadanya sebelum beliau datang ke ceramah Dr Zakir? Siapa yang berjaya dakwah kepadanya sehingga Nina begitu tertarik untuk datang ke ceramah Dr Zakir?
Bahkan, kalau kita dengar sebutan syahadah Nina, khususnya frasa “illallaah”, sebutan Nina lebih tepat daripada sebutan Dr Zakir! Nina tidak ikut sebutan Dr Zakir. Siapa yang sebenarnya sudah mengajarnya melafazkan syahadah dalam bahasa Arab sebelum Dr Zakir?
Pendakwah yang tidak dikenali ini lebih hebat daripada Dr Zakir Naik. Dialah yang sebenarnya mengislamkan Nina. Saya tabik kepada pendakwah tanpa nama, tanpa gambar ini. Saya cemburu pada anda kerana anda faham makna seorang pendakwah. Walaupun tiada sorakan, tiada liputan media kepada anda, ALLAH SWT Maha Melihat. Anda faham bahawa yang Islamkan Nina sebenarnya ialah ALLAH SWT.
* Abdul Naser Tun Rahman Pengerusi Skuad Mubaligh Selangor (SMASH)

0 Komentar untuk " Lebih hebat daripada Dr Zakir! "