Zakir berhujah, konformis melatah - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Zakir berhujah, konformis melatah

DALAM artikel saya minggu lepas yang bertajuk “Zakir naik terpengaruh budaya idol?”, saya tegas mengkritik budaya idolisasi terhadap Dr Zakir Naik (DZN) walaupun ramai daie yang salah faham seolah-olah saya mengkritik beliau sebagai individu.

Saya hormati DZN sebagai seorang individu daie yang ikhlas seperti saya sebut dalam artikel lepas. Saya menentang sama ada budaya obsesi pro-DZN atau budaya obsesi anti-DZN secara mutlak.

Artikel saya kali ini ialah obsesi anti-DZN dengan menggambarkan beliau seolah-olah teroris yang menghina agama lain dan menggugat keamanan negara.

Bahkan, DZN dituduh ada hubungan dengan al-Qaeda! Jika DZN memang ada hubungan dengan al-Qaeda, mengapa negara Perancis tidak ban DZN walaupun Perancis dizalimi teroris beberapa kali? Ini tidak cerdik! Bagi perspektif perompak, polis adalah teroris kerana polis menggugat periuk nasi mereka dan membongkar kebenaran.

Susah perompak hidup aman selagi polis aktif bergerak! Hanya yang konformis sahaja tersihir oleh laungan “keamanan” mengikut wacana perompak. Ini tidak cerdik. Beberapa gerakan Hindu, bukan semua, telah menyarankan kerajaan untuk menghentikan ceramah-ceramah DZN. Salah satu alasan ialah

Britain juga mengharamkan DZN untuk masuk ke negaranya. Tetapi saya hairan mengapa pertubuhan-pertubuhan Hindu ini tidak sebut pula bagaimana Oxford Union tetap mengadakan dialog terbuka dengan DZN melalui satelit TV walaupun kerajaannya mengharamkan DZN dan dialog ini dihadiri oleh majoriti bukan Muslim.

Inilah budaya cerdik agama yang bertentangan dengan sebahagian ahli politik Britain. Bukan semua ahli politik sokong ban DZN.

Persoalannya adakah pertubuhan Hindu yang konformis ini bersedia membentuk budaya cerdik agama dengan mengadakan dialog ilmiah dengan DZN seperti Oxford Union atau memilih untuk mempolitikkan kehadiran DZN?

Konformis Hindu ini juga sebut nama Kanada yang haramkan DZN tetapi tidak sebut pula Perancis yang mengalu-alukan DZN untuk menyemarakkan budaya cerdik agama.

Bagi saya, pertubuhan Hindu Malaysia sepatutnya bersama-sama dengan pertubuhan Muslim berusaha membentuk budaya cerdik agama, bukan fobia pada penghujahan.

Satu negara yang gagal melahirkan budaya cerdik agama akan melahirkan ekstremisme agama dan terorisme. Malangnya, gerakan konformis juga terdapat dalam kalangan sebahagian aktivis Muslim sama ada liberal atau konservatif. DZN dilabel sebagai “wahabi” sesat tanpa bicara dulu. Tiada mahkamah yang mengadili.

Bahkan, tidak perlu pengadilan seolah-olah istilah “wahabi” adalah mantera sihir yang bila disebut sahaja, pendengar pasti menjadi zombie, lalu berkejar makan otak supaya yang tinggal hanya mayat-mayat yang tiada otak dan rasionaliti.

Pepatah tarikat sufi-shiah konformis berkata, bahawa pengikut patut menjadi umpama mayat di tangan syeikhnya! Ini tidak cerdik. Kalau DZN itu “wahabi” sesat, Jakim juga adalah wahabi sesat kerana memberinya anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013.

Nampaknya, istilah wahabi digunakan ke atas setiap reformis yang memperjuangkan budaya cerdik agama. Patutlah ada suara ingin bubarkan Jakim. Di sini saya hanya berkesempatan memberi satu contoh tentang DZN.

Memang ada perbezaan pendapat antara ulama tentang isu seorang Muslim mengucap “Salam ‘Alaikum” kepada bukan Muslim. Tetapi DZN memilih pendapat yang bukan konformis. Al-Qaeda dan ISIS tidak sekali-kali akan mengucap salam kepada bukan Muslim kerana bagi mereka, golongan “kafir” ahli neraka tidak layak diberi muka langsung!

Apatah lagi Salam ‘Alaikum adalah bermakna Peace be upon you (Semoga keamanan atas kamu).

Hujah DZN ialah walaupun ayah Nabi Ibrahim A.S menghalaunya keluar rumah, Nabi Ibrahim tetap mengucap “Salam ‘Alaika’ (Surah Maryam: 47). DZN juga rujuk kepada surah al-Qasas, ayat 55 dan berkata bahawa ayat ini menunjukkan bahawa walaupun orang menghina al-Quran, kita patut tetap mengucap “Salam alaikum” kepadanya.

Bagi DZN, mengucap salam bukan sekadar adab bila berpisah, tetapi perlu berdasarkan penghayatan roh Islam sebagai agama keamanan.

DZN, sebagai reformis, berusaha mengubah budaya yang khaskan ucapan salam hanya kepada Muslim sahaja. Sebagai pejuang keamanan, DZN mempersembahkan Islam sebagai rahmat dunia, lalu berkata: Salam Alaikum kepada Hindu, fobia wahabi dan semua!

* Abdul Naser Tun Rahman Pengerusi Skuad Mubaligh Selangor (Smash)

0 Komentar untuk " Zakir berhujah, konformis melatah "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ