MALAM tadi saya bermimpi. Mimpi yang pelik. Saya berjalan di sebuah padang yang luas menghijau. Tiba-tiba muncul sebuah dewan yang besar secara perlahan-lahan dari dalam bumi.
Kedengaran suara-suara orang berbual diselangi dengan gelak ketawa. Sesaat kemudian kedengaran tangisan pula! Pintu dewan terbuka.
Saya melangkah dan memasukinya. Lalu tampak lima kelompok manusia sedang duduk bersembang dalam lima buah bulatan yang besar. Saya menghampiri bulatan yang pertama. Oh, rupanya saya kenal mereka. Mereka adalah saudara-mara saya. Ada abang, adik, sepupu, anak saudara, cucu saudara dan ramai lagi ipar duai.
Mereka semua sedang berbincang mengenai rombongan mengiringi pengantin pada hujung minggu ini. Anak saudara saya Fatiha, akan berkahwin dengan orang Kelantan! Tiba-tiba Zaidi, salah seorang anak saudara saya mencelah mengenai isu El-Nino.
Maka kesemua yang lain menukar topik perbualan mereka kepada isu El Nino. Saya keliru, mengapa mereka boleh menukar tajuk perbincangan? Kerana malas berfikir panjang, saya menapak ke kumpulan kedua.
Mereka ini juga saya kenali kerana mereka adalah teman-teman sekolej saya. Saya gembira kerana ramai di antara mereka yang sudah berpuluh tahun tidak saya temui rupanya ada di situ.
memasang telinga. Mereka bercakap mengenai percutian. Salah seorang rakan saya mengajak kami semua untuk bercuti di kawasan rekreasinya di Kedah.
Masing-masing begitu gembira kerana bakal bertemu dengan rakan-rakan sekolej yang lain di kawasan rekreasi itu. Bolehlah bertukar cerita suka duka, pahit manis sejarah kami termasuk kisah cinta di zaman kolej. Sedang bergelak ketawa, muncul rakan kami Alamin yang entah dari mana.
Kami semua terkejut tetapi gembira dengan kehadirannya. Alamin seorang yang kelakar. Tiba-tiba dia menunjukkan foto sekumpulan monyet yang menyeringai tertawa. Semua yang hadir tertawa. Ada yang terguling-guling kerana geli hati. Kisah percutian sudah dilupakan.
Sambil tersenyum dengan perlakuan mereka, saya bergerak ke kumpulan seterusnya. Mereka juga saya kenali kerana mereka adalah jiran-jiran saya. Masing-masing sedang bercakap mengenai hal-hal agama. Kedengaran suara azan.
Ada di antara mereka yang beredar. Tetapi ada yang tinggal membuka cerita tempat makan yang sedap. Mengapa mereka yang tinggal itu tidak beredar untuk ke masjid? Entah.
Di kumpulan berikutnya saya bertemu dengan mereka yang terdiri dari kalangan staf saya. Masing-masing berbual mengenai pelbagai perkara yang berlaku. Ada yang bercakap mengenai kemalangan, rompakan, kemarau, longkang tersumbat, hutan terbakar dan entah apa lagi. Masing-masing kelihatan hendak menyampaikan apa yang mereka tahu.
Tetapi, yang lain tidak peduli pun kerana mereka juga ada berita yang dibawa. Pening saya melihat mereka semuanya bercakap serentak dan akhirnya tiada sesiapa pun yang ambil perhatian apa yang orang lain kata.
Bila menghampiri ke kumpulan yang kelima, hanya beberapa orang sahaja yang saya kenali. Mereka sedang berhujah mengenai isu 1MDB. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka yang tidak saya kenali membawa khabar mengenai kematian seseorang.
Hampir serta merta, mereka kesemuanya terdiam. Masing-masing terhenti berhujah lalu mengucap takziah dan mensedekahkan surah Al-Fatihah. Saya pun sugul mendengar berita itu lalu menyeluk poket dan mengeluarkan senaskhah Al-Quran.
Selepas menyelak beberapa halaman, saya temui surah Ali-Imran ayat 185 lalu membacanya dengan penuh tertib. “Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat.”
Mereka yang mendengarnya hanya terangguk-angguk. Apabila salah seorang daripada mereka membuka topik perbualan mengenai sukan golf pula, yang lain pun menyampuk dengan ceria. Di mana isu 1MDB yang hangat diperdebatkan? Mengapa pula wajah sugul masing-masing boleh berubah dalam sesaat apabila topik lain dibicarakan?
Anda para pembaca sekalian… mimpi saya hanyalah rekaan! Saya hanya ingin membuat tamsilan mengenai kumpulan sosial WhatsApp.
Apabila anda membuka WhatsApp, ia umpama seperti kita berjalan di dalam sebuah dewan yang besar. Kita singgah dari kumpulan ke kumpulan sembang, samada sebagai pemerhati atau aktif menyertai perbincangan.
Apabila kita bertandang dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, perasaan kita akan berubah. Sekejap kita akan marah, sekejap sugul ataupun gembira mengikut apa yang diperbualkan. Perasaan kita boleh berubah dalam sekelip mata.
Soalnya, apakah kita benar-benat marah, sugul atau gembira jika dalam sesaat kita sudah berubah perasaan? Dan, tidakkah kita terfikir, manusia yang berubah-ubah perasaan pada setiap saat itu, maaf cakap… tergolong di kalangan orang yang kurang siuman?

0 Komentar untuk " Sebuah mimpi yang pelik "