DALAM tradisi Islam ilmu terbahagi kepada dua - ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Ia juga disebut ilmu nakliah dan akliah iaitu daripada sumber al-Quran dan sumber pemikiran. Kedua-dua ilmu ini penting dalam kehidupan. Kehidupan tidak saja dipandu oleh akal untuk berfikir tetapi juga oleh wahyu bagi memahami yang nyata dengan yang ghaib.
Dualisme berlaku dalam proses pengilmuan. Ia menghasilkan tasawur atau pandangan alam yang tidak seimbang. Lalu cara kita melihat dan menanggapi sesuatu pun menjadi tidak seimbang. Umpamanya melihat dunia dengan ilmu dunia semata dan menafikan kepentingan ilmu akhirat sebagai sumber.
Dualisme ilmu juga menyebabkan pemahaman kita mengenai konsep maju bertitik-tolak dengan kemajuan sains dan teknologi semata. Sedangkan dalam Islam ia tidak menolak kepentingan sains dan teknologi tetapi kepentingan dan aplikasi nilai guna sains dan teknologi itu sendiri dilihat menjadi prasyarat.
Dualisme ilmu juga tidak melihat rijal atau manusia menjadi sumber penting untuk dibangunkan. Tanpa pembangunan rijal dengan ilmu yang benar dan bermanfaat tidak mungkin pembangunan diri terjadi. Islam juga melihat kepentingan akhlak di samping ilmu dan kemahiran. Tanpa akhlak pedoman kebaikan hilang.
Dualisme dalam ilmu juga boleh menyebabkan cara melihat sesuatu berlaku sepihak saja. Cara manusia melihat kemajuan sekadar apa yang dilihat seperti kemajuan bangunan dan prasarana yang hebat, kemajuan sains dan teknologi yang pesat berkembang. Tetapi dalam tradisi Islam kemajuan diukur dari sudut kemajuan manusia itu sendiri dengan ilmu yang sifatnya memandu dan membawa kepada pembangunan akal-budi yang akhirnya mencetuskan kualiti manusiawi yang membawa kepada kesejahteraan dan keadilan.
Dalam Persidangan Pendidikan Islam di Makkah tahun 1977, rumusan dibuat bahawa dualisme dalam ilmu dan pendidikan menjadi faktor yang menyebabkan kemunduran umat Islam dan ia memerlukan islah. Islah bermaksud supaya berlaku integrasi ilmu dan Islamisasi ilmu dalam sistem pendidikan supaya ilmu menjadi sepadu.
Antara kekuatan yang terdapat dalam kebangunan Islam atau tamadun Islam pada masa lalu iaitu dualisme tidak berlaku dalam proses pengilmuan. Integrasi ilmu al-Quran (naqliah) dan hasil pemikiran dan kajian (tadabbur) terjadi menyebabkan lahirnya sains, perubatan dan teknologi Islami bersumberkan ilmu yang integratif.
Pemisahan ilmu naqliah dan akliah (dualisme) menyebabkan terjadinya dualisme dalam berfikir, dualisme dalam konsep dan juga dualisme dalam aplikasi menyebabkan keseimbangan tidak wujud.
Sifat jadinya alam adalah dual. Pendekatan al-Quran yang memberikan asas litaarrafu atau kesalingan membimbing manusia ke arah mencari titik-keseimbangan. Ia sangat penting kerana titik-keseimbangan keadaan menjadikan sesuatu lebih fitrah.
Tasawwur atau pandangan alam yang sifatnya fitrah penting supaya pendekatan saling-melengkapi boleh terjadi. Ia juga terhubung dengan ilmu yang mampu memberi pencerahan mengenai yang nyata dan ghaib.
Memahami yang nyata mungkin memadai dengan pancaindera dan akal. Tapi ia masih terbatas untuk memahami kompleksiti kehidupan. Ia memerlukan pendekatan ilmu yang memahami faktor ghaibiyyah iaitu ALLAH, penciptaan langit dan bumi, malaikat, roh dan lain-lain yang memerlukan ilmu nakliah.
Integrasi akliah dan naqliah bakal menawarkan tasawwur yang lengkap dan sempurna serta menyebabkan pandangan semesta manusia menjadi seimbang. Ketidakseimbangan dalam memahami sesuatu menyebabkan cara melihat dan menanggapi sesuatu menjadi senget sebelah.
Dualisme dalam ilmu perlu diatasi dengan usaha integrasi supaya pandangan semesta insan menjadi lebih seimbang dan sempurna. Kalau ini tidak terjadi pencerahan masih belum berlaku dan tanggapan berat sebelah masih wujud.
Integrasi ilmu boleh menjadi sumber utama dalam pendidikan. Pendidikan adalah penting untuk membentuk watak yang lebih manusiawi dan insani supaya pertimbangan yang nyata diambil kira dan pertimbangan Tuhannya sentiasa menjadi keutamaan. Adanya hubungan menegak-merentas ini membolehkan tasawwur Islami terjadi dan menjadi ukuran terhadap apa saja proses sama ada proses keilmuan dan pendidikan dan sebagainya.
* Prof Datuk Dr Sidek Baba, Kuliyyah Pendidikan UIAM

0 Komentar untuk " Dualisme dalam ilmu "