WUJUD kecenderungan dalam kalangan ibu bapa hari ini untuk terlalu bergantung kepada pihak ketiga dalam membimbing dan mendidik anak-anak mereka. Malah lebih menyedihkan apabila semakin ramai yang menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada pihak guru di sekolah.
Semacam fenomena ‘penswastaan’ pendidikan anak-anak ini adalah suatu yang lumrah terutamanya dalam kalangan ibu bapa muda yang sibuk dengan pelbagai komitmen mencari nafkah mahupun mengejar kemewahan duniawi.
Tidak dinafikan tuntutan hidup yang begitu mencabar kini terutama yang hidup di ibu kota memerlukan kedua-dua ibu dan bapa bekerja bagi menyara hidup keluarga.
Namun tidak bermakna tanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak bukan lagi menjadi keutamaan tertinggi dalam senarai keutamaan-keutamaan yang ada dalam mengemudi bahtera kehidupan.
Apa yang pasti, anak-anak adalah permata yang tidak ternilai harganya dan anugerah serta amanah ALLAH yang terbesar dalam sesebuah institusi keluarga. Firman ALLAH dalam Surah Ash-Shura ayat 49-50:
“Bagi ALLAH jualah hak milik segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”
Anak-anak juga adalah penyejuk mata kedua ibu bapa. Bahkan anak-anaklah yang menceriakan sesebuah keluarga, bertepatan dengan doa yang diajarkan oleh al-Quran dalam Surah al-Furqan, ayat 74:
“Dan juga mereka (yang diredai ALLAH itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.
Anugerah yang ALLAH kurniakan ini sudah tentu datang bersamanya dengan amanah dan tanggungjawab. Sebab itulah dalam Islam, peranan dan tanggungjawab ibu bapa begitu besar, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:
“Seseorang lelaki (suami) itu adalah pemimpin kepada ahli keluarganya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka, dan seseorang perempuan (isteri) itu adalah pemimpin kepada ahli keluarga (anak-anak) suaminya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka.” Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Secara fitrahnya juga, anak-anak akan menjadikan ibu bapa sebagai contoh dan ikutan utama dalam kehidupan seharian mereka. Anak-anak juga amat mudah dibentuk ketika mereka masih kecil berbanding jika mereka telah besar dan mempunyai pegangan sendiri, seperti kata pepatah Melayu: “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.”
Sebab itulah ibu bapa perlu menunjukkan akhlak, adab dan nilai-nilai murni yang akan menjadi ikutan kepada anak-anak sejak kecil, bahkan nilai-nilai tersebut akan kekal terpahat dalam ingatan dan amalan mereka apabila mereka telah besar, sebagaimana kata pepatah Arab: “Didikan pada waktu kecil adalah seperti memahat pada batu (yang akan kekal lama)”.
Dalam hal mendidik anak-anak ini juga, Saidina Ali ra berkata: “Ajarkanlah anak-anakmu dan ahli keluargamu berkenaan dengan kebaikan, dan didiklah mereka menjadi orang yang beradab.”
Malah, anak-anak memerlukan didikan terbaik yang mampu diberikan oleh kedua ibu bapa kerana mereka akan menghadapi zaman yang berbeza dan lebih mencabar dari zaman kedua ibu bapa mereka, sebagaimana kata-kata Saidana Ali ra: “Ajarkanlah anak-anakmu sebaik-baik perkara yang diajarkan kepadamu, sesungguhnya mereka diciptakan untuk zaman yang berbeza dengan zamanmu.”
Adalah tidak wajar untuk ibu bapa “menswastakan” pendidikan anak-anak mereka atau dengan kata lain menyerahkan didikan dan tarbiah anak-anak mereka seratus peratus kepada pihak ketiga seperti guru-guru di sekolah, orang gaji, pengasuh, dan sebagainya lantaran masa yang terbatas disebabkan kecelaruan memahami keutamaan dalam hidup.
Ibu bapa seharusnya menjadi guru utama dalam membimbing, mendidik bahkan menanam adab dan akhlak kepada anak-anak. Pihak ketiga seperti guru hanyalah pelengkap kepada sistem pentarbiahan anak-anak dari segi keilmuan, kemahiran dan juga akhlak.
Mungkin ada dalam kalangan kita menanggapi isu berkaitan pendidikan anak-anak seperti ini adalah isu yang remeh, tetapi hakikatnya, asas kepada masyarakat yang harmoni adalah bermula dari institusi keluarga.
* Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

0 Komentar untuk " Usah swastakan pendidikan anak "