SEAN Sarim, 24, berasa amat susah hati selepas melahirkan anak perempuannya enam bulan lalu. Ketika itu, ibu muda berasal dari Kampung Kantrong Prich di Samrorng, wilayah Takeo, kira-kira 50km dari Phnom Penh terpaksa berhenti kerja di sebuah kilang tekstil di pinggir ibu kota Kemboja itu. "Gaji suami tidak cukup. Kami banyak hutang termasuk pinjaman perumahan," katanya merujuk kepada gaji bulanan suaminya sebanyak AS$250 (RM1,020) selepas bertungkus lumus bekerja lebih masa di kilang pakaian sama, sejak empat tahun lalu. Sarim mengakui suaminya, Pich Vanna, 26, tertekan dengan situasi itu. Banyak hutang perlu dilangsaikan dan makan minum, termasuk keperluan susu formula dan lampin anak tunggal mereka, Thy Vanna, yang kini berusia enam bulan tetap perlu disediakan dalam apa cara sekalipun. Sebelum ini, seperti pekerja kilang lain, Sarim dan suaminya terpaksa bekerja mengikut shif dengan gaji bulanan asas AS$140 (RM570).
Setiap kali tamat waktu kerja, mereka dihantar pulang dalam trak dan terpaksa berdiri berhimpit-himpit seperti dalam tin sardin, situasi yang sempat penulis saksikan ketika dalam perjalanan menuju ke Phonm Penh dari Takeo, minggu lalu. Kemiskinan masih menjadi isu utama di Kemboja, sekalipun ekonomi negara yang mempunyai 15.9 juta populasi itu, terus meningkat. Sarim dan suaminya antara 650,000 tenaga kerja dalam industri pakaian dan tekstil yang beroperasi di lebih 500 kilang di seluruh Kemboja, yang menyumbang kira-kira 16 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara itu yang pernah dicengkam konflik perang saudara di bawah rejim Khmer Rouge sehingga akhir 1970-an.
Terpaksa bekerja keras
Kebanyakan rakyat Kemboja perlu bekerja keras untuk menampung hidup dengan sebahagian besar mereka menjadikan kilang yang dibina kerajaan dan syarikat pelabur asing untuk mencari masa depan lebih baik. Seperti kebanyakan warga Kemboja lain, Sarim terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk mencari sesuap nasi, sekalipun jauh di sudut hatinya, ibu muda itu mahu melakukan perubahan. "Saya tiada pilihan sehinggalah Maybank datang," kata Sarim merujuk kepada usaha Yayasan Maybank membina Pusat Latihan Menenun Maybank di Kantrong Prich di Daerah Samrorng, Takeo, bagi melatih anak tempatan, khususnya wanita generasi muda dalam aktiviti menenun.
Wartawan BH yang dijemput khas Yayasan Maybank, menemui Sarim pada majlis pecah tanah pusat latihan menenun itu yang disempurnakan Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor pada 5 Mac lalu, sejurus selepas perasmian Menara Maybank Kemboja di Phnom Penh. Sarim antara 25 peserta pertama yang akan dilatih di pusat latihan menenun itu yang dijalankan dengan kerjasama Color Silk, sebuah badan bukan kerajaan yang komited menghidupkan semula industri tenun sutera di Kemboja sejak 2009. Produk tenunan Kemboja sebenarnya amat unik dengan pengeluarannya membabitkan proses menenun tradisional serta membabitkan proses pewarnaan mesra alam menggunakan 'dye' semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan, mineral, kayu dan bijih besi. Namun di bawah pemerintahan rejim Khmer Rouge di mana lebih tiga juta rakyatnya mati akibat kebuluran, pembunuhan, penyakit dan kerja berlebihan yang berakhir pada hujung 1970-an, kraf tradisi itu berdepan masa depan suram dan kepupusan.
Permintaan kian berkurangan
Pada zaman Khmer Rouge, pokok Mulberry yang menjadi sumber utama dalam penghasilan sutera (daun pokok ini dimakan ulat sutera) ditebang secara meluas manakala kawasan penanaman kapas pula ditukar kepada tanaman padi termasuk di Takeo. "Kini lebih baik dari dahulu, tapi masalahnya permintaan (kepada tenun sutera Kemboja) semakin kurang," kata Cheaq Sapkhorn yang mula menenun secara sambilan sejak 30 tahun lalu. Sapkhorn, 54, adalah guru sekolah rendah di Kantrong Prich yang menenun secara sambilan di rumahnya. "Banyak sutera ini dibawa masuk dari Vietnam," kata Sapkhorn mengakui sutera yang juga bahan asas tenun sutera dibeli dalam timbangan kilogram dari negara jiran. "Sekali beli dua kilogram (sutera). Kena basuh, warnakan sebelum ditenun," kata Sapkhorn ketika ditemui di bengkel menenun Color Silk, sehari sebelum majlis pecah tanah pusat tenun Maybank yang dihadiri Sarim.
Lelaki juga boleh menenun
Penulis mendapati hampir semua rumah di Kantrong Prich mempunyai mesin menenun membuktikan kedudukan wilayah Takeo selaku pengeluar tenun sutera Kemboja. "Bukan hanya perempuan menenun, lelaki juga boleh menenun di Takeo," kata Sapkhorn yang kini menurunkan warisan menenun kepada anak bongsunya, Heng Somnang, 15. Jika di negara lain proses menenun secara tradisional mengambil masa, seorang lagi penenun, Yea Laisak berkata, penenun di Kemboja mampu menyiapkan semeter hasil tenun dalam sehari. "Jika separuh masa, mungkin lima meter dalam 10 hari," kata Laisak yang berasal dari Bonteay, wilayah Meancheg yang berdekatan dengan sempadan Thailand. Laisak antara tenaga pengajar dari Color Silk yang akan melatih peserta di Pusat Latihan Menenun Maybank, yang dijangka siap penghujung Mei depan.
Tak perlu lagi berhijrah ke bandar
"Pusat latihan tenun ini amat bagus. Penduduk kampung, khususnya wanita muda seperti Sarim tidak lagi perlu ke bandar untuk menampung hidup," kata Laisak ditemui penulis pada majlis pecah tanah pusat latihan tenun Maybank yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank, Shahril Azuar Jimin. Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Wanita Kemboja, Nhem Morokot dalam ucapannya menyifatkan pembinaan pusat latihan tenun melalui Projek Women Eco Weavers Maybank sebagai tepat pada masanya, ketika Kemboja dalam usaha membangunkan semula industri tenun negara itu. "Industri tenun berdepan masa depan suram kerana banyak anak muda berhijrah ke bandar untuk bekerja kilang," kata Morokot menjelaskan Kemboja pada satu ketika dulu pernah mempunyai 20,000 penenun, namun angka itu kini menurun kepada 5,000 penenun sahaja.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134711

0 Komentar untuk " Tak perlu ke bandar untuk kerja dalam industri tenun "