*MAKA berkatalah Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen: “Hanya peniaga yang tidak percaya tuhan akan menaikkan harga barang, sebab tuhan tidak pernah memberitahu sesiapa untuk menaik atau menurunkan harga.”
Tambah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu: “Peniaga yang percaya pada tuhan akan berniaga mengikut etika.”
Kalau berpandukan kata menteri berkenaan – dan berdasarkan keadaan sekarang – memang ramai peniaga kita, termasuk yang beragama Islam, macam tidak percaya pada tuhan. Sebab, sana sini rakyat mengeluh harga barang semua naik.
*ADAPUN pak menteri berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada wakil DAP Kepong Tan Seng Giaw yang bertanya sama ada kenaikan harga barang sekarang “di tangan tuhan.”
Hamzah tidak menganggap soalan Tan sebagai lawak, sebaliknya berkata kitab suci al-Quran menegaskan peniaga mesti berlaku adil kepada pengguna supaya mereka tidak berasa ditipu.
Semakin jelas sekali ramai peniaga Islam sendiri tidak mengikut apa yang Quran kata. Agaknya mereka tidak membaca kitab suci itu. Atau, kalau baca pun tidak tahu makna, tidak faham erti.
Apa kata kita tubuhkan Rumah Ngaji di pasar dan kompleks perniagaan, supaya peniaga – juga pengguna – boleh mempelajari isi al-Quran.
*ARAKIAN mengakulah menteri itu bahawa pihaknya memang tidak berupaya untuk memantau mana-mana peniaga yang menaikkan harga sesuka hati sehingga menyusahkan orang ramai.
Almaklumlah, kata beliau, pihak kementerian hanya mempunyai 2,300 pegawai penguat kuasa, macam mana hendak pantau peniaga kaki busuk di seluruh negara.
Selalu sangat kita dengar kekurangan kakitangan menjadi penyebab tindakan lembap kementerian dan agensi kerajaan.
Imigresen kurang kakitangan, sebab itu pendatang haram masuk berleluasa. PBT kurang kakitangan, sebab itu pusat hiburan dan rumah urut haram tumbuh melata.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kurang kakitangan, sebab itu penghasut di alam siber tidak boleh ditangkap. SPRM pun kurang kakitangan, sebab itu rasuah tidak terkawal.
Nampaknya yang lebih kakitangan ialah bahagian pencegahan maksiat pejabat agama Islam... sebab itu hari-hari ada orang kena tangkap khalwat.
*ALKISAH, walaupun sudah tua – sesetengahnya sudah jadi warga emas - Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal, semua sama taraf dengan budak-budak.
Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor, tidak mahu melayan kerenah mereka berhubung isu Deklarasi Rakyat. Kata Ku Nan: “Kenapa saya perlu komen tentang mereka yang bersikap seperti budak-budak.”
Sebenarnya semua orang tahu dalam Umno pun ramai budak-budak. Walaupun berijazah tinggi – sesetengahnya dapat CGPA 3.8, dan ada PhD – idea dan pandangan mereka macam budak darjah enam.
Maka, orang bergeliga lagi berwawasan seperti Ku Nan tentu tidak mahu menghabiskan masa melayan budak-budak dalam partinya.
*SYAHDAN alkisah dari Negeri Penyu tidak kurang juga syahdunya. Speaker Dun telah menolak usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar, maka Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman terselamat.
Ada pun yang membuat usul tersebut ialah Datuk Seri Ahmad Said, tetapi MB percaya tindakan bekas MB itu didalangi oleh orang lain. Katanya: “Beliau tidak akan berani buat usul begitu kalau tidak ada pihak-pihak lain terlibat.”
Maka, Datuk Seri Ahmad MB kini sedang menyiasat dalang di belakang Datuk Seri Ahmad bekas MB.
Kata MB, seperti yang dilaporkan media: “Kita kini ingin memastikan dalang-dalang yang berselindung kerana kita bukan hanya perlu tahu musuh di luar tetapi juga perlu tahu siapa musuh di dalam...”
Dua-dua berstatus YB, dua-dua bergelar Datuk Seri, dua-dua nama Ahmad. Yang seorang MB, yang seorang lagi bekas MB. Kalau dua-dua terus ‘ghocoh’ macam mana nak bangun negeri?
*AKHIR kalam, perihal roti canai. Ada amaran daripada kerajaan supaya pengusaha restoran tidak menjadikan penarikan balik subsidi tepung gandum bagi pek 25 kilogram (kg) sebagai alasan untuk menaikkan harga makanan terutama roti canai.
Bermula 1 Mac lepas, kerajaan menarik balik subsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25kg. Harga subsidi tepung gandum untuk kegunaan am bagi pek sekilogram kekal RM1.35.
Kata ‘menteri hal-ehwal gandum’ tidak patut isu ini dijadikan alasan untuk naik harga roti canai sebab kos menghasilkan sekeping roti canai hanya dua sen. Biasalah gandum naik, roti canai pun naik. Bukan itu sahaja teh tarik naik, kopi-O naik, milo lagi naik. Pagi petang, siang malam barang terus naik!
TOK PERAK

0 Komentar untuk " Susah melayan budak-budak parti! "