Rakyat tolak langkah pihak tertentu cetus anarki politik - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Rakyat tolak langkah pihak tertentu cetus anarki politik

RAMAI tentunya terkejut dengan langkah Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur daripada jawatan Perdana Menteri apabila beliau dan pemimpin pembangkang termasuk bekas pemimpin UMNO dan MCA yang bukan lagi dianggap pemimpin berpengaruh menandatangani 'Deklarasi Rakyat' bertempat di Rumah Alumni Universiti Malaya, kelmarin kononnya untuk menyelamat Malaysia daripada ditimpa bencana lebih dahsyat pada masa akan datang. Persoalannya, benarkah mereka mewakili rakyat? Apakah kumpulan ini boleh mendesak seorang pemimpin yang dipilih oleh parti, malah rakyat mengikut lunas demokrasi? Apakah satu kumpulan kecil yang dianggotai oleh beberapa individu mengkritik kepemimpinan Najib boleh mendesak beliau lepaskan jawatannya bertopengkan rakyat?

Bagaimana sekiranya pemimpin yang mewakili pelbagai parti memerintah dan kaum, NGO serta badan-badan sosial-ekonomi mewakili majoriti masyarakat buat deklarasi menuntut Najib terus mentadbir dan memimpin negara ini kerana mereka masih yakin dan percaya terhadap kepemimpinan dan pentadbiran beliau? Menurut kenyataan akhbar kumpulan yang menandatangani deklarasi tersebut, Najib harus disingkirkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri agar dapat buka jalan untuk mereformasi institusi seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen (PAC) agar dapat pulihkan prinsip pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integriti institusi nasional.

Bersandar laporan akhbar 

WSJ Dakwaan tersebut didapati lebih bersandarkan kepada siaran akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan kononnya Najib mempunyai AS$681 juta dalam akaun peribadinya di AmBank, kononnya dimasukkan daripada syarikat milik kerajaan, 1MDB. Najib telah menafikan tuduhan liar tersebut berulang kali selain siasatan bebas oleh agensi penguatkuasaan nasional mendapati tidak ada bukti. Malah wang yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadi Najib adalah sumbangan ihsan daripada keluarga diraja Arab Saudi. Bagi pemerhati politik, deklarasi itu satu adegan pentas politik yang dicipta untuk menimbulkan tanggapan negatif terhadap kepemimpinan Najib di kalangan rakyat Malaysia, malah di kaca mata dunia luar.

Kumpulan yang mementaskan drama ini lebih sedar bahawa media asing yang dahaga berita negatif pasti akan beri liputan luas. Lebih-lebih lagi, mereka diterajui oleh seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, seorang pemimpin dunia ketiga yang tersohor dalam persada politik dunia atas kenyataan malah pendirian politik kontroversial dan tajam terhadap isu antarabangsa terutamanya berkaitan menuntut keadilan termasuk membela nasib penduduk Palestin.

Kecewa tindakan bekas PM 

Secara umumnya, rakyat sebenarnya kecewa dan kesal, malah mengecam tindakan Dr Mahathir yang sanggup bersekongkol dengan pemimpin pembangkang yang hanya menunggu masa dan peluang menjatuhkan kepemimpinan Najib sekali gus UMNO dan BN. Ada pihak mengeluh tindakan bekas pemimpin utama UMNO/BN malah negarawan itu sanggup bersama dengan pihak atau individu daripada pembangkang yang lebih utamakan kepentingan didorong oleh agenda politik peribadi. Nampaknya mereka tidak peduli dengan hakikat bahawa jawatan Perdana Menteri Malaysia disandang pemimpin parti majoriti di Dewan Rakyat selain dilantik oleh Ketua Negara berperlembagaan iaitu Yang di-Pertuan Agong. Jadi, tindakan mendesak menyingkir Perdana Menteri melalui deklarasi ditandatangani beberapa individu yang berkongsi matlamat sama adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan, malah manifestasi niat dendam kesumat dalam hati mereka.

Sehubungan ini, rakyat yang sayangkan negara malah ingin menyelamatkan negara daripada dilanda anarki politik, inginkan Najib tidak tunduk kepada tekanan kumpulan tertentu ini sebaliknya terus memfokus kepada usaha pembangunan, keselamatan dan perpaduan negara agar rakyat pelbagai kaum terus menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup. Memandangkan kerajaan pimpinan Najib berjaya menyelamatkan negara daripada dilanda krisis ekonomi kesan kejatuhan harga minyak dan komoditi dalam pasaran global, malah baharu sahaja berjaya memulihkan kekuatan nilai ringgit kesan daripada pelbagai tekanan luar, adalah menjadi tanggungjawab warga Malaysia bersatu bersama Najib. Rakyat yang bertanggungjawab dan berfikiran jauh wajar menjamin negara tidak terheret dan terjebak dalam kancah krisis politik yang boleh menggugat kestabilan, keamanan malah pembangunan ekonomi negara pada masa depan. Rakyat menolak deklarasi tersebut kerana ia lebih kepada manifestasi perasaan dengki dan dendam berpaksikan kepada agenda politik berkepentingan sesuatu kumpulan tertentu dan bukan rakyat.

Nyata sokongan terbuka 

Tidak perlu pergi jauh dalam perkara ini kerana rakyat yang inginkan perubahan dalam kepemimpinan kerajaan perlulah menggunakan kuasa memilih kerajaan melalui peti undi seperti dilakukan sekian lama. Tidakkah rakyat bebas untuk buat keputusan politik menentukan kerajaan sebelum ini? Mereka akan sekali lagi boleh berbuat demikian dalam PRU14 tidak lama lagi. Rakyat khususnya ahli UMNO harus ingat kata-kata hikmat Tan Sri Mohamad Rahmat, yang pernah menjadi menteri penerangan zaman era Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "masa depan orang Melayu bergantung kepada kedudukan parti UMNO". Justeru, diharapkan ahli UMNO bersama ahli parti komponen BN tampil hadapan melafazkan sokongan secara terbuka kepada Najib seperti yang ditunjukkan kepada Dr Mahathir pada tahun 1991 dengan program SEMARAK apabila beliau menghadapi krisis kemerosotan sokongan rakyat.

Dalam hal ini, rakyat yang bertanggungjawab dan berfikiran jauh wajar menjamin negara tidak terheret dan terjebak dalam kancah krisis politik yang boleh menggugat kestabilan, keamanan malah pembangunan ekonomi negara pada masa depan. Mereka tentu arif dengan peribahasa 'marahkan pijat kelambu dibakar', satu panduan dan pedoman bagi kehidupan sejak turun temurun khususnya kepada masyarakat Melayu negara ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/131468

Related Post

  • Mesej dari langit AKHIR Disember 2014, Malaysia terutamanya negeri sekitar Pantai Timur, sebahagian Perak, Kedah dan Johor dinaiki air …
  • Serlah bakat terpendam penuntut LIPUTAN penuh ke Pameran Penilaian Akhir Sarjana dan Sarjana Muda, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Universit…
  • Badak air: Herbivor atau Karnivor? [VIDEO] BADAK air, Herbivor atau Karnivor? Mungkin ramai di antara kita sebenarnya tidak atau terkeliru dengan kumpul…
  • Bercakap benar, biarpun pahit BIJAK dan berkepimpinan menjadi kelebihan bagi personaliti Kampus Legend ini, Datuk Khairul Anwar Rahmat, 38. Beliau …
  • Isu rotan: Tidak perlu melatah ORANG ramai tidak perlu melatah dengan cadangan untuk menetapkan tindakan merotan kanak-kanak sebagai kesalahan jenay…
0 Komentar untuk " Rakyat tolak langkah pihak tertentu cetus anarki politik "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ