Qarya Hidayah: Menarik, ringkas dan berbaloi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Qarya Hidayah: Menarik, ringkas dan berbaloi

MENARIK, ringkas dan berbaloi. Disebabkan itulah stiker khat kini menjadi pilihan ramai kerana tidak perlu dibingkaikan, mudah dipasang serta tahan lama.

Ia dijadikan sebagai hiasan dinding di ruang tamu, bilik tidur, ruang pejabat, masjid, sekolah dan sebagainya kerana mudah dipasang, tidak berhabuk dan boleh disesuaikan dengan pelbagai rekaan.

Stiker khat unik

Bagi ahli perniagaan, Ab Rahman Hilmi berkata, stiker khat menjadi pilihannya kerana unik, pelbagai saiz dan hanya perlu tampal kerana tidak berbingkai.

“Sebelum ini, saya mengetahui mengenai pasaran stiker khat hanya dilekatkan di kenderaan sahaja. Saya diperkenalkan rakan bahawa stiker khat boleh dilekatkan di dinding sahaja tanpa bingkai.

“Pertama kali saya melihat stiker ayat kursi dan membelinya. Saya kagum dengan seni khatnya dan melekatkannya di dinding ruang tamu rumah,” katanya.

Tambahnya, stiker yang berkualiti tidak akan mudah tertanggal dan bertahan sehingga lebih lima tahun.

Suka pada rekaan

Pekerja swasta, Mohamad Azfar Zaidun pula berkata, khat yang dibingkaikan adalah sesuatu yang biasa, namun tidak bagi stiker khat ini.

“Pertama kali melihat stiker khat, saya terus menyukai rekaannya kerana menghasilkan pelbagai bacaan yang menjadi amalan dalam kehidupan kita seharian.

“Jika berkunjung, kita akan lihat khat dihasilkan dengan tangan. Namun stiker khat ini dihasilkan dengan penuh teliti dan memudahkan untuk dibaca.

“Ia juga tidak berserabut dan tidak perlu pertukangan seperti tebuk lubang dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, dia membeli stiker khat untuk dihadiahkan kepada ibunya.

Sementara itu, pekerja swasta, Farah Nabilah Muhammad Fazli berkata, stiker khat untuk dilekatkan di dinding masih baru di negara ini berbanding di luar negara.

Katanya, stiker khat yang mempunyai pelbagai zikir dan ayat al-Quran mudah dihias dan senang untuk dibaca. Ia tidak berhabuk dan kita tidak perlu mencucinya.

"Saya mula meminati stiker khat selepas membelinya untuk dihadiahkan kepada rakan sebagai hadiah perkahwinannya. Selepas itu, rakan-rakan yang lain meminta saya untuk membelikan kepada mereka," katanya.

Tambahnya, harga yang ditawarkan juga mampu dimiliki kerana ia berdasarkan saiz stiker dan ayat yang kita mahukan.

Terima 5,000 tempahan

Pengasas Rahman Barakah Resources, Abdul Rahman Yahya berkata, perniagaan stiker Qarya Hidayah yang diusahakannya mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Alhamdulillah, kami sentiasa menerima tempahan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Mereka mengetahui perniagaan kami melalui laman sosial. Kami menyediakan 35 rekaan tulisan seni khat, antaranya syahadah, ayat Qursi dan  surah al-Fatihah.

“Setiap tempahan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan dan penghantaran adalah percuma.

“Setakat ini, pelanggan kami adalah daripada individu, syarikat korporat, masjid dan surau,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pelanggan menjadikan stiker khat sebagai hiasan terutamanya di ruang tamu, ruang makan dan pejabat.

“Ia mudah kerana hanya perlu tampal sahaja kerana tidak berbingkai dan tidak perlu tebuk lubang serta tidak berhabuk.

“Ia menjadi alternatif kepada mereka yang meminati hiasan ringkas dan elegan.

“Kami menawarkan dua warna stiker iaitu hitam dan putih, sekiranya pelanggan meminta warna lain, kami akan mengenakan bayaran tambahan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, Qarya Hidayah menggunakan stiker yang berkualiti dari Jerman dan mampu bertahan selama 10 tahun.

“Qarya Hidayah menawarkan stiker bersaiz M, L, XL dan XXL serendah RM60 hingga RM270. Bagi memudahkan pelanggan kami untuk memasang stiker, kami akan berkongsi video mengenai cara-cara memasangnya,” katanya.

0 Komentar untuk " Qarya Hidayah: Menarik, ringkas dan berbaloi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ