DEBARAN tetap dirasakan dalam suasana gamat sorakan penonton kerana pada masa sama perlu memberikan tumpuan kepada rakan sepasukan bagi mengemudi jentera robotik. Perlawanan pula hanya berlangsung selama dua minit dan dalam tempoh itu, semua tugasan perlu diselesaikan dengan teliti. Peranan mereka mengawal alat kawalan jauh bagi menggerakkan robot untuk mengangkut dan menjaringkan bola, kelihatan mudah tetapi hakikatnya berdepan cabaran tersendiri. Tanggungjawab itu digalas Nur Aisyah Jamal dan Norhaslina Azlin Hassan, masing-masing penuntut Tingkatan Lima yang mewakili Sekolah Tun Fatimah (STF) bersama tiga lagi rakan lain. Mereka ialah Nurul Najwa Razali, Nur Maisarah Mohd Hisham, Puteri Nur Athierah Norhisam yang semuanya berusia 17 tahun. Pasukan STF dibimbing, Guru Pembimbing Robotik, Mat Kamil Deraman. Bagi Nur Aisyah dan Norhaslina Azlin, mereka belajar menenangkan diri supaya dapat memberikan sepenuh tumpuan sebaiknya, selain menyuntik perasaan positif dalam diri.
SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Tun Fatimah, Johor memerhatikan pasukan robotik mereka berentap dengan pasukan lawan pada pertandingan Vex Robotics Peringkat Kebangsaan 2016 di The School by Jaya One, Petaling Jaya. - Foto Nik Hariff Hassan
"Pada mulanya pasukan kami ketinggalan dari segi kutipan mata pada cabaran pertama, membuatkan kami bangkit dengan strategi baharu supaya mendahului kedudukan pada cabaran kedua dan ketiga. "Alhamdulillah, kami berjaya mengumpul mata tertinggi, sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan mendapat tempat dalam kejohanan dunia yang bakal berlangsung ke Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat pada April ini mewakili Malaysia," katanya kepada FAMILI, baru-baru ini. Pertandingan Robotik Kebangsaan VEX 2016 itu disertai 15 pasukan sekolah menengah dan 10 pasukan sekolah kebangsaan diadakan pada 20 dan 21 Februari lalu, di The School, Jaya One, Petaling Jaya. Pertandingan itu disokong Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA). STF bakal mewakili Malaysia bagi Kejohanan Robotik Dunia VEX, di Amerika Syarikat pada 21 hingga 23 April depan.
Teruja bakal wakili negara
Kedua-dua remaja ini, gembira dan bersyukur dengan kejayaan dicapai selepas berusaha gigih untuk memastikan kemenangan itu dapat diraih pasukan mereka. "Alhamdulillah, pasukan kami berjaya menjadi juara kerana tahun lalu, kami ditewaskan oleh MCKK yang mengungguli tempat pertama, sekali gus mereka mendapat tempat mewakili Malaysia.
PASUKAN Optimus Prime Kolej Tunku Khurshiah, Negeri Sembilan bersama robot ketika pertandingan Vex Robotics Peringkat Kebangsaan 2016 di The School by Jaya One, Petaling Jaya. - Foto Nik Hariff Hassan
"Biarpun bermacam perasaan dirasakan kami tetap teruja kerana bakal bersaing dengan negara luar yang dianggarkan akan disertai kira-kira 1,000 pasukan dan 25 negara," katanya yang bercita-cita sebagai jurutera. Mengenai persediaan, Norhaslina Azlina berkata, mereka akan bertungkus lumus dalam masa sebulan ini, termasuk mengubahsuai model robotik untuk meningkatkan kecekapan serta melakukan lebih banyak latihan. "Pada saya, kami perlu melakukan yang terbaik dan bekerja dalam satu pasukan kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab dan perlu fokus, selain berharap ada syarikat korporat mahu menaja perbelanjaan kami ke sana sekali gus menjulang nama negara di persada antarabangsa," katanya.
Cita-cita jadi jurutera
Menerangkan rekacipta dihasilkan Nur Aisyah berkata, kelajuan jentera robotik yang direka pasukannya boleh dikawal, sama ada diperlahankan atau sebaliknya. "Inovasi ini membantu lontaran bola, sekali gus meningkatkan kebarangkalian untuk membolosi sasaran gol. Antara dua sesi setiap dua minit itu pula kami manfaatkan untuk mengubahsuai robot, Alhamdulillah, formula ini membuatkan kami mudah mengendalikan jentera robotik," katanya. Minat terhadap bidang robotik bermula dari kecil kerana beliau bercita-cita untuk menjadi jurutera. Memenuhi minat dan cita-cita, pelajar STF ini menyertai kelab penyelidikan dan penyelidikan (R&D) untuk menimba ilmu di luar pembelajaran formal. "Saya minat kepada komponen pada robot, menghubung dan mengawal pergerakannya melalui komputer. Semakin lama semakin tertarik akan fungsinya, banyak perkara baharu dipelajari apatah lagi gemar menonton model robotik di luar negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat," katanya.
PASUKAN Sekolah Tun Fatimah, Johor ketika beraksi pada pertandingan Vex Robotics Peringkat Kebangsaan 2016 di The School by Jaya One, Petaling Jaya. - Foto Nik Hariff Hassan
Cetus minat berterusan
Sementara itu, Pengarah Urusan Robotics Learning (M) Sdn Bhd, Ilylia Diyana Kamaruzaman, berkata sebagai perantara pertandingan pihaknya mengharapkan lebih ramai yang menceburi bidang berkaitan robot. "Kita sebagai penganjur pertandingan dan juara keseluruhan perlu mendapatkan tajaan daripada syarikat untuk membawa ke AS seperti yang dilakukan juara tahun lalu. Kami hanya menyediakan platform pemilihan untuk mencari pasukan mewakili negara, menyediakan juri profesional dan tempat untuk pertandingan," katanya turut berharap pertandingan itu terus mencetus minat anak muda meminati bidang robotik terutama pada usia muda.
"Minat dan galakan perlu diasah dari kanak-kanak, meskipun kerajaan memberikan tumpuan menjadikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sebagai salah satu bidang pengajian di institusi pengajian tempatan (IPT), ramai masih tidak mengendahkannya. Penekanan terhadap pembelajaran berteraskan STEM di negara ini tidak seperti di Amerika Syarikat, jadi kita mahu ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri meminati bidang robotik ini," katanya. Ilylia Diyana berkata, di negara maju bidang robotik diperkenalkan sebagai mata pelajaran di sekolah atau aktiviti kurikulum tambahan.
"Berbeza dengan negara kita, pelajar hanya mempelajarinya secara teori dengan belajar formula dan pengiraan," katanya. Sementara itu, adat pertandingan, ada menang dan ada yang kalah. Hakikat itu diterima positif, Nureen Nadhirah Hasnulhadi, 16, juga dari STF, yang akur apabila pasukannya tewas. Katanya, apabila menyertai pertandingan, setiap pasukan mengimpikan kemenangan, maka lebih mudah kerja berpasukan, menonjolkan kreativiti dan berusaha sedaya mungkin. Beliau berkata, mengendalikan robot memerlukan kemahiran matematik dan teknik graf untuk merangka idea, membina landasan dan mengukur kelajuan.
"Saya meminati bidang ini kerana ia begitu dekat dengan matematik dan bercita-cita menjadi pensyarah. Disebabkan bidang ini masih baharu, kami banyak menonton video di Youtube, berusaha cipta idea dan menggabungkan teknik untuk menghasilkan robot," katanya. Katanya, robot mereka dilengkapi pelbagai sensor untuk pengaturcaraan dan minat terhadap bidang itu selari kepentingan subjek Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat, sekali gus menggalakkan daya reka cipta komponen robotik. "Minat bukan kepada pemasangan komponen robotik tetapi menerusi pertandingan ini, saya didedahkan aspek pembaikan teknikal dalam masa singkat sebelum pusingan pertandingan diteruskan," katanya.
Timba pengalaman
Sementara itu, Nur Farhana Atiqah Shafe'ee, 16, dari pasukan Kolej Tunku Kurshiah (TKC), pula melihat perlu rakyat Malaysia sendiri mempunyai robot menerusi kepakaran anak tempatan. "Dalam beberapa tahun lagi, mungkin robot bukan lagi perkara asing, jadi pelapis muda seperti kami inilah perlu menjadi pencetus pereka cipta yang terbabit secara langsung dalam sektor menghasilkan teknologi robot. "Meskipun pasukan kami tidak menang, penyertaan ini memberi peluang untuk menimba pengalaman, membaiki kelemahan dan menanamkan minat dengan lebih mendalam," katanya. Rakan kolejnya, Nur Qaisara Kennedin, 16, bersetuju dengan pandangan itu dan berkata, pelajar perlu menyeimbangkan akademik dan kemahiran lain kerana dunia semakin maju manakala keperluan kerjaya memerlukan calon berkebolehan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/129249

0 Komentar untuk " Pertandingan robotik pupuk generasi berinovasi dan kreatif "