BUKIT Aman baru-baru ini mendedahkan lebih 170 individu dipercayai terbabit dalam mengancam keselamatan negara sejak tahun lalu. Sebahagian mereka turut dikenal pasti mempunyai hubungan dengan rangkaian kumpulan pengganas di negara jiran serta militan negara Islam (IS). Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Disember tahun lalu, mengesahkan seramai 72 rakyat Malaysia terbabit dengan kumpulan IS. Daripada jumlah itu, 58 adalah lelaki, manakala 14 lagi wanita. Ada yang masih 'berjuang' di sana, ada yang sudah pulang dan ada yang sudah didakwa di mahkamah.
Ancaman kumpulan militan IS hari ini umpama 'wabak penyakit' yang digeruni di seluruh dunia. Tidak salah jika hendak mengatakan yang IS hari ini dilabel sebagai 'orang jahat' baharu dalam kehidupan dunia moden hari ini. Hari ini, kempen memerangi militan IS yang dipimpin negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan Russia dengan dibantu negara sekutu di sekitar Lembah Dajlah (Tigris) dan Furat (Euphrates), iaitu kawasan di mana IS kini meningkatkan cengkaman pengaruhnya, khasnya di Syria dan Iraq. Anehnya, ketika kempen ketenteraan begitu giat dijalankan bagi menghapuskan ancaman IS, ia tetap berkeupayaan menarik sokongan masyarakat seluruh dunia untuk menyokong perjuangan mereka.
Rekrut anggota baharu seluruh dunia
Lebih mengejutkan pakar pengganas, perisikan, kententeraan dan keselamatan apabila IS berupaya merekrut anggota baharu dari seluruh pelusuk dunia, sama ada benua Eropah, Asia dan Amerika untuk menyertai perjuangan mereka. Pada masa ini, tidak dapat dipastikan berapa ramai rakyat asing yang menjadi anggota pejuang kumpulan IS untuk berjihad, tetapi dianggarkan lebih 20,000 warga asing menyertai kumpulan itu di Iraq dan Syria sejak pertempuran tercetus pada 2011. Difahamkan, tentera IS adalah dari negara Tunisia, Arab Saudi, Jordan, Russia, Perancis dan segelintir negara kecil benua Eropah dan Asia kerana terpengaruh dengan kempen jihad kumpulan itu. Berdasarkan situasi semasa, ancaman IS sebenarnya tidak terhad di rantau Arab sahaja. Ia merentasi sempadan dan pelusuk dunia termasuk negara kita. Bagi mengembangkan ideologi dan pengaruh mereka, IS menggunakan media sosial dan internet untuk merekrut ahli baharu mereka. Mengikut perisikan Bukit Aman, majoriti rakyat Malaysia yang menyertai kempen IS kerana ingin menebus dosa lampau dengan harapan akan 'mati syahid' apabila berjuang atau menjadi tentera IS. Memetik kata-kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Ter- rorism, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mereka juga terdiri daripada penagih dadah dan golongan mempunyai masalah keluarga selain cetek pendidikan agama dan terpedaya dengan dakyah kononnya kumpulan itu berjuang atas nama Islam.
Soalnya, bagaimana pengaruh IS hendak disekat dan dihalang agar tidak terus tersebar serta mempengaruhi masyarakat daripada menyertai kumpulan itu kononnya untuk berjihad bagi menubuhkan negara Islam sebenar. Dalam hal ini, majoriti negara moden hari ini mengambil langkah drastik untuk mengawal penyebaran pengaruh IS seperti penguatkuasaan undang-undang dan meningkatkan perisikan dalam negeri bagi menahan individu yang disyaki dan berpotensi sebagai pengganas. Banyak negara hari ini selain Malaysia mewujudkan undang-undang khusus untuk membendung pengaruh IS di rantau masing-masing termasuk negara Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS), Kanada, Amerika Selatan dan negara di Asia.
Malaysia pada masa ini mempunyai Akta Pencegahan Keganasan (POTA) bagi menangani aktiviti militan di negara ini ekoran penularan elemen keganasan yang semakin merebak dan mengancam keselamatan negara. POTA diwujudkan selepas kerajaan mengesan pembabitan ramai rakyat negara ini dengan kegiatan militan IS khasnya selepas 2011 yang dikhuatiri menular ke Malaysia jika tindakan tegas tidak diambil pihak berkuasa. Ada penganalisis membangkitkan persoalan sejauh mana penguatkuasaan undang-undang mampu mengekang ancaman keganasan dan militan daripada terus menular dan tersebar sehingga mampu mempengaruhi masyarakat untuk menyertainya.
Undang-undang khas antikeganasan
Bagi pakar bidang perisikan dan keselamatan, selain mewujudkan undang-undang khas antikeganasan dan penguatkuasaannya, aspek lain juga perlu dirangka dan digerakkan secara halus, tetapi terancang lagi berterusan. Usaha ini menurut mereka yang pernah terbabit secara langsung dalam bidang perisikan dan propaganda memerlukan strategi halus yang dapat mempengaruhi naluri dan pemikiran kognitif individu yang mempunyai kecenderungan terpengaruh dengan seruan menyertai kumpulan militan seperti IS. Melihat IS sebagai asas kajian, Bahagian Counter Terrorism, Bukit Aman mengakui sejak 1990-an hingga kini, belum ada kumpulan pengganas yang seunik IS. IS amat unik dari segala segi seperti merekrut anggota, menghantar anggota ke Syria, kekuatan, kewangan, dana dan paling penting eksploitasi media sosial untuk merekrut ahli.
Mereka yang menyertai IS adalah dari pelbagai negara, peringkat umur dan latar belakang. Ada anggota IS baharu berusia sembilan atau 10 tahun. Hal ini terjadi disebabkan kecanggihan internet dan media sosial yang melingkari dunia hari ini membolehkan dakyah dan propaganda IS menyerap masuk dan mempengaruhi anggota baharu. Bermakna, agensi keselamatan khasnya unit risikan, antipengganas dan komunikasi sama ada tentera atau polis perlu mempunyai strategi maju dan 'selangkah di hadapan' daripada apa dirangka militan IS, dan ia memang sedang berlaku, malah akan terus dilakukan.
Seperti dilakukan tentera ketika menggerakkan kempen menamatkan keganasan komunis menerusi perang saraf bagi memenangi hati dan pemikiran rakyat agar perkara sama boleh dilakukan bagi mengekang propaganda kumpulan IS terhadap rakyat di negara ini. Hari ini, banyak pakar propaganda peperangan dan pengkaji keganasan dari Barat mencadangkan agar mana-mana negara yang hendak mengekang propaganda IS perlu merangka dan mempunyai strategi menyeluruh, sebelum boleh melancarkan sebarang kempen atau propaganda.
Serangan tinta berkilas patahkan propaganda
Antara strategi dan pendekatan terbaik dan menjadi satu idea yang sedang hangat dipopularkan ialah menerusi serangan balas berkonsepkan counter narrative atau tinta berkilas bagi mematahkan setiap propaganda dilancarkan IS menerus internet dan media sosial. Dalam hal ini, pakar terbabit menggunakan analogi keputusan hakim dalam sesuatu perbicaraan di mahkamah bukan bergantung sepenuhnya kepada fakta, barang bukti atau saksi ditampilkan, tetapi turut dipengaruhi dengan bagaimana kedua-dua pihak mampu memberikan jalan cerita terbaik untuk mempengaruhi keputusan. Malah, Pusat Komunikasi Strategik Menangani Keganasan (CSCC), Jabatan Dalam Negeri AS turut memilih secara tidak rasmi moto 'Berperang menggunakan tinta jauh lebih utama berbanding perang dengan askar, bom dan pedang' dalam operasi mereka. Mereka 'menceduk' moto itu daripada diari tulisan pemimpin kumpulan militan Al-Shabab di Somalia, Omar Hammami yang terbunuh pada 2013.
Namun, 'peperangan tinta berkilas' ini tidak mudah dikuasai kerana memerlukan kemahiran dan sokongan ilmu bantu lain seperti psikologi, sosiologi, sains politik dan kemampuan mempengaruhi serta manipulasi. Terdapat banyak jenis tinta berkilas yang boleh diguna pakai bagi membuat serangan balas terhadap propaganda IS antaranya menulis secara positif dan memuji bertujuan 'melambung' perasaan subjek sasaran, tulisan yang membalas, tulisan berbentuk menerangkan, bersifat taktikal atau bersifat humor atau bercirikan sarkastik. Pakar dalam bidang peperangan tinta berkilas ini turut mencadangkan setiap karangan atau maklumat yang hendak ditulis itu bersifat spesifik sama ada untuk golongan muda, pelajar, orang dewasa, bekas pengganas atau mereka yang baharu berjinak-jinak hendak berjihad. Semua aspek ini perlu diambil kira memandangkan mereka yang menyertai kumpulan IS adalah daripada semua peringkat usia dan latar belakang tanpa mengira bangsa atau keturunan.
Sebagai contoh, jika IS menyebarkan fatwa sesat yang membenarkan rakyat tempatan membuat serangan di negara mereka sendiri tanpa perlu berbaiah dengan pemimpin di Iraq atau Syria, apakah jawapan balas yang perlu dimuatkan dalam tinta berkilas pihak kerajaan dan agensinya. Jika IS mengeluarkan perintah menerusi media sosial menyeru umat Islam berjihad, apakah dalil dan nas yang perlu dimuatkan dalam tinta berkilas untuk mematahkan hujah IS tanpa mengelirukan atau menimbulkan kemarahan mana-mana pihak. Apa yang penting, tinta berkilas yang dihasilkan itu menarik sehingga mampu untuk membantu mengekang kebangkitan rasa radikal dan keganasan jika dihasilkan dan disampaikan kepada kumpulan sasar dengan betul dan menerusi medium yang tepat.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/130584

0 Komentar untuk " Perang saraf bendung rakyat dipengaruhi IS "