BILA disebut frasa “masjid Cina yang ajaib”, apakah yang terlintas di pemikiran anda? Mungkin anda tertanya-tanya adakah keajaibannya terletak pada reka bentuk Cina?
Tetapi cuba cabar pemikiran anda. Mengapa fikir ajaib dari segi bentuk fizikalnya? Adakah umat kita sudah biasa letakkan penilaian ajaib itu pada rupa paras fizikal sebagai prioriti?
Apa yang ajaibnya pada Kaabah? Empat segi sahaja! Bandingkan Kaabah dengan Taj Mahal. Kaabah bukan salah satu daripada seven wonders of the world (tujuh ajaib dunia) berdasarkan penilaian pengkaji tamadun Barat. Taj Mahal adalah salah satu ajaib dunia.
Mengapa? Kerana bentuknya mahal, bahan yang digunakan untuk membinanya mahal tetapi sebenarnya ia hanyalah sebuah kubur!
Taj Mahal adalah kubur kepada permaisuri Mumtaz Mahal yang meninggal melahirkan anak. Suaminya, Shah Jahan, adalah Raja India masa itu. Ia adalah simbol tragedi seorang raja yang kehilangan isteri tersayang!
Adakah Taj Mahal itu benar-benar ajaib dunia? Atau simbol tragedi cinta?
Satu lagi ajaib dunia ialah Tembok Besar China (Great Wall of China). Dianggarkan hampir setengah juta buruh yang dipaksa membinanya terbunuh.
Apakah tujuan tembok? Untuk menghalang musuh-musuh dari masuk ke China dan menjatuhkan Maharaja Qin Shi Huang. Tetapi apakah yang akhirnya menjatuhkan Maharaja Qin Shi Huang? Maharaja terlalu obses untuk mencari penawar yang akan memberi kehidupan yang kekal abadi baginya. Beliau takut mati.
Tetapi akhirnya, beliau mati juga di luar istana dalam perjalanan mencari penawar itu. Tembok besar tidak dapat menyelamatkannya daripada musuhnya iaitu malaikat maut.
Adakah Tembok Besar China ini yang juga benar-benar ajaib? Atau simbol kegilaan manusia yang mahu hidup selama-lamanya sebagai maharaja?
Satu lagi ajaib dunia ialah piramid Firaun di Mesir. Walaupun piramid sudah dibina lebih 3,000 tahun yang lalu, ia tetap berdiri kuat dan teguh seolah-olah tiada yang dapat menghancurkannya.
Dikhabarkan bahawa Firaun memanjat ke atas piramid yang tinggi dan berkata, “Aku adalah tuhan kamu yang paling tinggi.”
Tetapi adakah Firaun yang telah membina sebuah ajaib dunia adalah ajaib pada dirinya sendiri? Firaun sendiri akhirnya lemas apabila cuba merentasi lautan untuk menangkap Nabi Musa A.S. Ego Firaun yang setinggi piramid yang dibinanya tidak dapat selamatkannya.
Adakah piramid itu benar-benar ajaib dunia? Atau simbol kecundangan kuasa politik yang bodoh sombong?
Kita kembali kepada tajuk kita: Apa yang ajaib dan luar biasanya pada Masjid Cina Ipoh?
Yang ajaibnya bukanlah reka bentuk fizikalnya. Ajaib terletak pada tangan orang yang memakmurkan masjid. Kalau masjid dimakmurkan oleh pemuda-pemuda, maka “suasana muda” yang bertenaga sudah tentu menceriakan masjid sehingga terasa masjid itu adalah sebuah kelab sukan.
Tetapi kalau masjid ditadbir oleh tuan haji-tuan haji yang sudah lanjut umur, sudah tentu masjid pun akan terasa seperti muzium kopiah dan tongkat!
Masjid Cina Ipoh dimakmurkan oleh ramai aktivis pemuda yang bertenaga dan berfikir kreatif. Mereka inilah yang melaksanakan program-program yang selalu dihadiri semua surat khabar perdana Cina dan ratusan bukan Muslim. Ini adalah pencapaian ajaib!
Kita rasa seolah-olah masjid adalah tempat untuk semua, tidak kira Muslim atau bukan Muslim. Kita lihat bukan Muslim rasa begitu selesa berada di dalam dan dekat dengan masjid. Mereka rasa kehadiran masjid membuat keadaan sekeliling jauh ceria dan selamat. Suasana keharmonian yang begitu tinggi dapat dirasai. Ini ajaib ketika Malaysia dilanda isu-isu rasisme.
Bagi saya, masjid yang terletak dalam masyarakat majmuk patut ditadbir oleh ramai pemuda kerana dakwah multikultural adalah dakwah yang ajaib, di luar kotak satu budaya. Ia memerlukan tenaga yang ajaib dan pemikiran ajaib juga. Masjid Cina Ipoh adalah bukti terbaik keajaiban ini.
Masjid yang ajaib bukan kubur warga tua, bukan tembok kuasa dunia, bukan piramid ego. Masjid yang ajaib mengingatkan kita bahawa keajaiban terletak pada akhlak kemanusiaan yang tinggi.
* Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Malaysia (Macma)

0 Komentar untuk " Masjid Cina Ipoh yang ajaib "