KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan mengetepikan budaya pentingkan diri sendiri dengan tidak menggunakan kaedah tegas ke atas anak mereka bagi mendapatkan anak yang ideal. Penulis buku 'Mindful Mom', Michelle Lim-Chua, berkata kebanyakan ibu bapa terutama di Asia terlalu fokus kepada pencapaian akademi anak mereka, bukannya ke atas apa yang terbaik untuk anak itu tanpa memberikan terlalu banyak tekanan. "Situasi seperti menyediakan terlalu banyak kelas tambahan bagi kelas muzik atau pelajaran, dengan pemikiran anak mereka akan menjadi lebih bijak sering berada dalam fikiran masyarakat kita. "Mereka (ibu bapa) kerap membandingkan diri dengan ibu lain walaupun keibubapaan bukan tentang kemenangan.
"Anak-anak seharusnya dibenarkan menikmati zaman kanak-kanak mereka secara semula jadi dengan menggunakan kaedah mudah dan semula jadi seperti membawa mereka keluar bagi mendekatkan diri dengan alam sekitar selain mewujudkan hubungan lebih baik dalam kalangan mereka," katanya. Beliau berkata demikian selepas berkongsi kaedah moden keibubapaan dalam siri pertama program 'Coffee for Parenting', baru-baru ini. Turut hadir dalam program anjuran Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun (PKKTB) adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Michelle, ibu kepada dua anak, mengeluarkan buku pertamanya tahun lalu yang ditulis khusus untuk ibu bapa muda di Asia, dengan berkongsi pengalamannya serta kaedah semula jadi membesarkan anak.
Pengerusi PKKTB, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah, berkata program itu bertujuan menyediakan platform untuk ibu bapa mendapatkan tip keibubapaan, pembangunan kanak-kanak serta cara menangani isu mencabar yang diharungi ibu bapa setiap hari di zaman moden ini. "Cabaran yang dihadapi ibu bapa sekarang adalah berbeza daripada generasi terdahulu dari segi kesejahteraan, alam sekitar, keselamatan dan revolusi internet. "Program ini membolehkan mereka belajar daripada pakar dalam bidang tertentu sambil menghirup kopi percuma dalam keadaan santai," katanya. Azureen berkata program seperti itu akan dianjurkan pada Sabtu terakhir setiap bulan sepanjang tahun di PKKTB, Taman Tun Dr Ismail dan orang ramai boleh menghubungi 03-77338559 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/128901

0 Komentar untuk " Ketepi sikap pentingkan diri didik anak "