SEBUAH syarikat Bumiputera yang terlibat dalam penghasilan produk makanan halal berasaskan perikanan iaitu Softa Marketing Sdn Bhd (SOFTA) mengorak langkah setapak lagi apabila berjaya menembusi pasaran China.
Salah satu produk makanan syarikat itu iaitu keropok keping ‘Lekorista’ dijangka akan mula memasuki pasaran China, bulan depan.
Pengurus Besarnya, Mohd Hisammuddin Abd Wahid berkata, untuk permulaan, syarikat mula menghantar dua kontena keropok yang dianggarkan bernilai RM400,000 dan selebihnya akan dihantar secara berperingkat.
“Kejayaan ini hasil usaha sama kami dengan ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur) yang membawa kami ke Naning, baru-baru ini. Ini langkah kita yang pertama dan sejak itu, kami mendapat respons positif dan luar biasa, termasuk dipanggil menyertai pelbagai ekspo untuk promosi produk keluaran kami.
“Sekarang ini kami bekerjasama dengan Malaysian Mall dan sebuah syarikat pemasaran am untuk pamer produk dan cari pasaran khas di China. Untuk tahun ini sahaja, sudah ada lima acara yang akan kita sertai di China,” katanya.
Katanya, apa yang menarik tentang Lekorista ialah ia mampu bertahan selama dua tahun, iaitu melebihi syarat yang ditetapkan oleh pihak berwajib di China iaitu sekurang-kurangnya setahun lapan bulan, selain produk yang dihasilkan itu diiktiraf dengan memperoleh sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Sementara itu, Pengarah Operasinya, Wan Mohd Faizal Azizi Wan Mohd Yusof berkata, bagi memenuhi pasaran berkenaan, syarikat itu juga kini sedang meningkatkan pasaran produk, di mana mesin baharu yang berteknologi tinggi akan dibawa masuk dari Guangzhou, China untuk menghasilkan produk dengan kapasiti tinggi.
“Keropok dihasilkan agak rangup dan berbeza. Produk ini akan masuk ke pasaran China melalui syarikat pemasaran am yang dilantik dan Malaysian Mall yang akan mempamerkan produk kami dan bertindak sebagai pengimport.
“Kita sasar 280 ‘food truck’ bernilai RM10 juta dieksport ke China menjelang penghujung tahun ini di beberapa lokasi utama termasuk pasar raya," katanya.

0 Komentar untuk " Keropok Terengganu tembus China "