Kaulah satu-satunya, Di antara berjuta, Insan teristimewa, Kau kebanggaan kita, Kau budayawan bangsa, Kau Lagenda. (Lagenda, lagu diciptakan untuk P Ramlee). P Ramlee (1929-1973) adalah seniman serba boleh, menjadi legenda di Malaysia terutama dalam bidang seni hiburan tetapi dalam konteks budaya kebangsaan secara am, beliau menjadi orang "bikin sendiri" dan memainkan peranan sebagai penghibur utama bersandarkan bakat, imaginasi tinggi dan ketekunannya. Kemasyhurannya merentasi sempadan kebangsaan kerana ciri unik bakatnya serta sifat universal keseniannya terutama bidang muzik yang kadang-kadang disebut sebagai 'bahasa universal'. Muzik berbeza dengan bahasa, tidak mempunyai sempadan. Seorang komposer yang tidak pandai melafazkan sepatah pun dalam bahasa kita, boleh membuatkan kita berkongsi kegembiraan, kebanggaan, kebimbangan dan keamanan melalui muziknya. Sebahagian poster filem lakonan dan arahan P Ramlee.
Menyanyi melalui hati
P Ramlee menjadi pencipta lagu dan terkenal mengarang lagu terutama untuk filem yang beliau berlakon dan menyanyi. Beliau sangat terpengaruh dengan muzik Hindustani, tetapi berjaya mencipta lagu lenggok Melayu yang mengandungi unsur lagu keroncong. Sumbangannya terhadap muzik bangsa begitu besar. Melodi yang memilukan dan menyentuh hati dipadukan dengan suaranya yang ikhlas dan merdu mengagumkan khalayak sehingga sekarang. Boleh dikatakan beliau menyanyi melalui hatinya. P Ramlee sememangnya seorang seniman serba boleh. Beliau menjadi pelakon drama, pelawak, penulis skrip dan pengarah filem yang berjaya. Semua filemnya mendapat sambutan. Kebolehan 'memadukan' hiburan dengan pendekatan kritikan terhadap ketidakadilan masyarakat membuat filemnya relevan sehingga hari ini. Sebagai tokoh yang amat berbakat, P Ramlee mengetengahkan masalah yang paling penting untuk dihidangkan kepada masyarakat Melayu dan secara mahir menggunakannya sebagai latar belakang untuk mencipta filem 'hidup' profesional yang bersifat menghiburkan. Transformasi imejnya kerap dilakukan. Rahsianya ialah dalam bakat semula jadi untuk cepat memahami sifat manusia. P Ramlee boleh nampak dan merasa apa berlaku dengan heronya pada setiap saat.
P Ramlee adalah seniman serba boleh kerana mampu menjadi pelakon, pelawak, penulis skrip, penyanyi, pemuzik, pencipta lagu dan pengarah filem yang berjaya.
Kaji keperluan watak
Bahkan peranan kecil yang dimainkan oleh P Ramlee menjadi begitu hidup dan cemerlang, kerana beliau berkebolehan mencari dan memperlihatkan semua ciri keperibadian dalam setiap watak yang dilakonkannya. Beliau sentiasa mengkaji keperluan watak yang dikehendaki dalam setiap filem. Pengakuan antarabangsa terhadap bakat P Ramlee sebagai pelakon dan pengarah terbukti apabila filemnya Hang Tuah memenangi Anugerah Muzik Terbaik pada Pesta Filem Asia ketiga di Hong Kong (1956) serta beliau sendiri digelar sebagai Pelakon Terbaik pada anugerah yang sama pada tahun berikutnya. Seniman Agung itu meninggalkan warisan teori mengenai budaya dan hubungannya dengan kehidupan masyarakat yang sangat berharga kerana berdasarkan pengalaman besar sebagai seniman. Ungkapan P Ramlee: "Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan" atau "Membuat filem adalah daripada idea dan feeling" mempunyai erti besar bukan sahaja untuk orang yang berkecimpung dalam bidang seni, tetapi untuk siapa sahaja kerana setiap kerjaya memerlukan 'idea dan feeling'. Beberapa sahabatnya mengagumi kebolehannya menyatakan inti kesenian dalam beberapa perkataan.
P Ramlee bersama isterinya, Saloma.
Mampu pengaruhi masyarakat
Kertas kerjanya di seminar, pendek sekali tetapi sangat bernas. "Masyarakat perlu mengikuti perkembangan filem kerana pembuat filem adalah orang yang kreatif dan mampu mempengaruhi masyarakat. Apa yang dipaparkan dalam filem boleh menjadi contoh yang diikuti oleh masyarakat. "Jika contoh ini adalah buruk masyarakat akan menjadi buruk juga dan sebaliknya. Jika kita mendidik masyarakat dengan contoh yang baik, masyarakat secara beransur-ansur akan terpengaruh dengan cara positif," adalah pandangan beliau yang dikemukakan dalam satu seminar tentang peranan mendidik daripada seni wayang gambar (Seminar Kebudayaan Melayu di Singapura,1962).
Filem tanpa muzik tiada makna
Beliau banyak memberi komen mengenai peranan muzik dalam wayang gambar: "Filem tanpa muzik tidak mempunyai makna. Bukan sahaja lagu adalah penting, tetapi muzik latar belakang juga" (Kertas kerja 'Cara Meninggikan Mutu dan Memperkayakan Muzik Jenis Asli dan Tradisional Malaysia demi Kepentingan Negara' di Kongres Kebudayaan, 1971). Sejak kecil, P Ramlee seorang periang dan mempesonakan orang lain dengan lelucon dan cerita lucu. Yusnor Ef dalam percakapan peribadi dengan penulis menyatakan, P Ramlee suka berjenaka dan bergurau. Beliau yang menganggap P Ramlee sebagai guru kembali mengingati bahawa ketika dalam satu seminar beliau mengajukan pertanyaan kepada P Ramlee yang menjawab dengan berseloroh: "Ah, ini soalan seorang cikgu, tetapi dia tu murid saya". Semua sepuluh komedinya akan kekal abadi. Melalui filem Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang, Madu Tiga dan terutama kuartet Bujang Lapok beliau memastikannya menjadi klasik untuk selama-lamanya. Sebabnya filem bukan saja cara untuk membuat orang ketawa - di sebalik dialog, cerita jenaka dan lagu yang zahirnya nampak bodoh, tersembunyi duri daripada masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sebagai pelakon dan pengarah filem, P Ramlee menciptakan spesies hero baharu, yang baik hati dan mempesona serta tak pernah kehilangan sifat optimis dan kepercayaan pada masa depan yang cerah. Semua hero dalam filemnya sama seperti beliau dalam kehidupan: malu dan sederhana tetapi selalu optimistik, penuh ceria dan humor. Penulis ialah Pensyarah Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134135

0 Komentar untuk " Kemasyhuran, bakat unik Seniman Agung merentasi sempadan "