IPOH adalah tempat lahir saya, tempat saya jatuh cinta dengan Islam. Ramai yang tanya saya tentang “secret recipe” bagaimana menjayakan program-program harmonisasi antara Cina dan Melayu yang mampu menangani masalah Islamofobia.
Resipinya bukan lagi teori. Ia sudah menjadi kenyataan yang jelas sedang berlaku di Ipoh. Baru-baru ini, sekali lagi sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) yang dianjurkan oleh Macma Ipoh mendapat sambutan yang “BIASA” iaitu kehadiran 28 NGO Cina bukan Muslim.
Lebih 1,000 hadir. Mendapat liputan daripada semua media Cina perdana. Saya sengaja guna perkataan “BIASA” di sini kerana sebelum ini pun, program-program yang dibuat mendapat sambutan hampir sama seperti CNY kali ini.
“Xifu, ini sudah LUAR BIASA! Bukan lagi biasa. Biasanya kalau program Islamik, kalau dapat 50 orang Cina bukan Muslim hadir pun sudah luar biasa. Program-program Islamik kat Ipoh mendapat ratusan, ribuan yang hadir. Jampi apa lu olang pakai?” daie Selangor terkejut.
Jampinya datang daripada pelbagai pihak. Jampi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry, berkaromah! Beliau adalah seorang graduan UIAM. Mempunyai fahaman Islam yang bersifat realistik dan pragmatis, bukan teori-teori.
Menjadi kebiasaan beliau untuk tidur di masjid bila kesempatan. Jiwa rakyat ini yang memudahkan Macma Ipoh mendekati beliau untuk berbincang tentang bagaimana menangani Islamofobia secara realistik dan pragmatis, bukan teori-teori.
Pimpinan politik juga memainkan peranan utama dalam jampi! Drs Nizar, Exco Agama Adun Perak selalu jemput daie-daie ke rumahnya. Kejayaan memerlukan personal touch, bukan sekadar buat program.
Jampi juga datang daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) sendiri yang dipimpin oleh Pengarah Datuk Yusof Hj Hussein. Saya masih ingat bagaimana Jaip membuat keputusan yang tegas dan berani untuk melancarkan program Festival Tanglung yang dihadiri lebih 1,000 Cina bukan Muslim di Soka Gakkai Ipoh ketika segelintir asatizah Melayu dan NGO dakwah seperti MRM yang dipimpin oleh Cina Muslim mengatakan ia haram.
Terbukti tiada langsung berhala dan penyembahan semasa berlangsungnya Festival Tanglung di Soka Gakkai. Buat dulu, jangan banyak cakap teori. Mudah sangat jadi keyboard warrior hukumkan haram tapi tidak berjaya dalam dunia realiti.
Akhirnya, Dr Yamin Cheng, bekas pensyarah Perbandingan Agama UIAM menulis artikel tentang makna festival tanglung. Beliau berjaya membongkarkan bahawa penulisan yang mengharamkannya dan menjadi viral adalah sebenarnya bergantung 100% ke atas satu sumber rujukan iaitu Wikipedia sahaja!
Kemudian Jakim telah memanggil Macma Pusat yang diketuai Prof Tawfiq Yap untuk bersyura tentang hukum festival tanglung. Akhirnya, keluarlah fatwa bahawa ia tidak haram selagi tiada unsur penyembahan.
Bahkan, ia merupakan senjata efektif untuk menangani Islamofobia. Kita lihat di sini bagaimana majlis syura di Jakim semakin berminda fiqh multikultural. Festival tanglung tidak akan mendapat tempat kalau bukan kerana pragmatisme dan mindset multikultural Jaip.
Satu lagi jampi yang utama ialah jampi Macma Ipoh yang dipimpin oleh Dr Fazli Cheah dan Ustaz Hafiz Ng. Kedua-dua tokoh pendakwah ini memang tag team yang hebat, satu pakar bedah otak dan satu bekas pakar breakdance!
Kedua-dua berjaya membina dan melahirkan pelapis daie yang independent, proaktif dan smart kerja seperti Amin Thien, Fuad Lew, Naim Foong, Hanif Chan, Firdaus Simon, Mazni Koh, Suraya Ng, Aqid Sin, Azhar Chow, Azizah Yon dan yang lain-lain.
Setiap tajdid memerlukan pembinaan pelapis. Bayangkan adakah Nabi SAW akan berjaya kalau tanpa sahabat-sahabat?
Mereka inilah yang menjalankan PR secara berterusan dengan NGO-NGO bukan Muslim walaupun program sudah habis. Saya lihat masalah gerakan di kawasan lain ialah tiada kesinambungan PR selepas program.
Bahkan, wujud tokoh-tokoh daie yang hanya viralkan gambar-gambar wefie semasa street dakwah. Ini memberi gambaran yang terlalu sempit tentang kerja seorang pendakwah seolah-olah ia adalah kerja tangkap gambar, angkat banner dan sebarkan risalah.
Ketiga-tiga “jampi” di atas adalah “secret recipe” kejayaan luar biasa di Ipoh. Ini adalah ukhuwah!
* Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim (Macma)

0 Komentar untuk " Kejayaan luar biasa di Ipoh! "