JENAMA Tok Guru tidak asing lagi di Malaysia terutamanya produk minuman dan makanan kesihatan serta makanan tambahan. Ia dipasarkan oleh Saffron Integrated Marketing Sdn Bhd (Saffron Integrated Marketing) sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2007.
Pengarah Urusannya, Haji Ahmad Fauzi Mohamed Hashim berkata, pada awal perniagaannya, dia bersama isterinya, Hajah Hamizah Hussin hanya mengusahakannya secara kecil-kecilan dengan memasarkan pelbagai jenis produk makanan dan minuman kesihatan serta makanan tambahan jenama Tok Guru.
“Kami tidak mempunyai modal yang banyak untuk mengeluarkan produk sendiri, sebaliknya kami mengadakan kontrak pengilangan dengan kilang lain untuk mengeluarkan produk hasil ilham kami.
“Antara produk itu termasuklah jus dan minuman kopi pra-campur yang kesemuanya ada lebih 10 produk di bawah jenama Tok Guru ini,” katanya.
Pada mulanya, Ahmad Fauzi mengakui agak sukar untuk memasarkan produknya kerana persepsi orang ramai yang kurang yakin terhadap produk baharu dan jenama tersebut yang masih belum dikenali.
“Kami pernah hantar ke kedai-kedai letak barangan kami secara consignment dan tidak pernah ketinggalan menyertai mana-mana ekspo serta pasar malam untuk mempromosikan jenama Tok Guru. Kalau ada duit lebih, kami akan iklankan produk di televisyen mahupun akhbar dalam proses memperkenalkan jenama kepada khalayak ramai,” katanya.
Mula dari pasar malam
Sebelum menerajui Saffron Integrated Marketing, Ahmad Fauzi dan Hamizah pernah berniaga produk kesihatan sendiri di pasar malam dan pasar tani sekitar Lembah Klang.
Hamizah yang juga Pengarah Operasi Saffron Integrated Marketing berkata, mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada 1996.
“Ketika itu kami menjual habbatus sauda dalam bentuk biji dan minyak atau dipanggil jintan hitam atau bijirin hitam oleh masyarakat Malaysia.
“Kami memilih berniaga produk makanan tambahan kerana inginkan kelainan daripada peniaga lain yang tidak ramai berniaga produk seperti ini pada masa itu,” katanya.
Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila pasangan suami isteri itu terpaksa menghentikan perniagaan akibat kemelesetan ekonomi pada 1998.
Mereka kemudiannya menjadi pemborong dan pengedar produk orang lain, ejen takaful dan pernah menyertai perniagaan pemasaran bertingkat (MLM).
“Kami fobia dan tidak berani untuk menjual produk sendiri lagi kerana serik ketika perniagaan kami jatuh, sebaliknya kami fokuskan kepada menjual produk orang lain.
“Lagipun pada masa itu, kami tidak kukuh dari segi kewangan untuk menjual barang sendiri,” katanya.
Buka kilang sendiri
Walaupun pernah serik untuk berniaga barangan sendiri, namun Ahmad Fauzi dan Hamizah mempunyai semangat yang kuat untuk kembali bersaing dengan peniaga lain menerusi jenama sendiri, Tok Guru, dengan menubuhkan Saffron Integrated Marketing pada 2007.
Ternyata usaha dilakukan Ahmad Fauzi dan Hamizah tidak sia-sia kerana perniagaan mereka semakin berkembang setiap hari berkat kegigihan pasangan suami isteri itu dan pengalaman lalu yang menjadikan mereka lebih matang mengendalikan syarikat sendiri.
Kini, Ahmad Fauzi dan Hamizah mampu menarik nafas lega kerana titik peluh dan penat lelah mereka membuahkan hasil apabila berjaya membuka kilang sendiri, Ibnu Khaldun Manufacturing Sdn Bhd pada hujung 2014.
Menurut Ahmad Fauzi, syarikat itu melabur kira-kira RM1.5 juta untuk membuka kilang di Halal Park SME Bank Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor.
“Kami mempunyai dua lot kilang iaitu satu untuk memproses produk cecair seperti jus, manakala sebuah lagi kilang untuk memproses produk berasaskan serbuk seperti kopi pra-campur, susu kambing, koko dan kolagen.
“Bila sudah ada kilang sendiri, kami kini sudah menjadi pengeluar dan memproses semua produk kami sendiri di bawah jenama Tok Guru dan ia akan dipasarkan oleh Saffron Integrated Marketing yang terletak di Shah Alam,” katanya.
Lebih 50 produk kesihatan
Selain Tok Guru, Saffron Integrated Marketing juga mempunyai jenama-jenama lain seperti MyCun khas untuk wanita dan Tibbuna serta menjadi pengedar tunggal produk Mujeza dari Kuwait seperti madu, cuka madu dan cuka epal.
Sehingga kini, syarikat itu mempunyai lebih 50 jenis produk kesihatan di bawah jenama-jenama tersebut yang dijual pada harga antara RM12 hingga RM300 di kedai dan toko-toko jamu seluruh Malaysia.
Antara produk tersebut termasuklah Jus Tok Guru, Kismis Tok Guru, Kopi Tok Guru, Jus Tibbuna, Wangian Kasturi Tibbuna, Tibbuna Gold, Kopi Tibbuna, Kopi Rijal dan Kopi Nisa’.
Ahmad Fauzi berkata, pada tahun ini, Saffron Integrated Marketing merancang untuk mengukuhkan jenama Tibbuna di pasaran Malaysia memandangkan ia masih lagi baharu.
“Kami ingin mempelbagaikan keluaran produk kesihatan jenama Tibbuna yang disasarkan untuk kanak-kanak sehingga dewasa, pada masa akan datang.
“Kami ingin dikenali bukan sahaja dengan jenama Tok Guru, tetapi juga jenama-jenama lain di bawah syarikat ini dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan,” katanya.
Syarikat itu juga merancang untuk memasarkan madu , cuka epal, minyak zaitun dari Timur Tengah dengan jenama Tibbuna pertengahan tahun ini.
Pada masa akan datang, Ahmad Fauzi berhasrat untuk meneroka pasaran China, Timur Tengah dan Eropah bagi mengembangkan perniagaannya.
Sasar 20 usahawan
Menyedari ramai usahawan yang mengalami kekangan modal untuk memulakan perniagaan, Saffron Integrated Marketing menerusi Ibnu Khaldun Manufacturing menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menjual produk makanan dan minuman kesihatan menggunakan jenama sendiri melalui kontrak pengilangan (OEM) dengan syarikat itu.
Ahmad Fauzi berkata, ia bagi membantu usahawan lain untuk membina jenama sendiri.
“Kami faham, usahawan yang baharu memulakan perniagaan tidak ramai yang mampu membina kilang sendiri, mengupah pekerja untuk pembungkusan produk atau membeli mesin dan sebagainya kerana kami pernah melalui kekangan ini pada awal perniagaan.
“Jadi kami sedia membantu mereka untuk mengilang produk sekali dengan pembungkusan, mendapatkan pengiktirafan halal, amalan pengilangan baik (GMP) dan sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (Mesti). Mereka hanya perlu datang berbincang dengan kami,” katanya.
Menurutnya, produk yang boleh dihasilkan kilangnya termasuklah jus, koko, kolagen, madu delima, kopi pra-campuran, susu kambing, cuka kurma, cuka epal, jus minda kanak-kanak, minuman botani dan minuman kesihatan lelaki serta wanita.
“Mereka yang miliki modal RM10,000 pun sudah boleh memulakan perniagaan sendiri.
“Bagaimanapun, kami hanya menyasarkan 20 usahawan sahaja pada tahun ini bagi menjaga kualiti keluaran produk. Bagi usahawan yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh melayari laman sesawang www.jenamaanda.com atau menghubungi saya di talian 019-5711110” katanya.

0 Komentar untuk " Jus Tok Guru: Dulu pengedar, kini pengeluar "