SENI boneka Teocheow yang berasal dari daerah Chaoshan di Guangdong, China, mirip wayang kulit yang memerlukan pemainnya menguasai beberapa suara berbeza bagi memenuhi 'tuntutan' setiap watak yang dipentaskan. Pengarah Kumpulan Seni Boneka Teochew Kim Giak Low Choon (Kim Giak Low Choon), Ling Goh, berkata kebiasaannya setiap pemain boneka Teochew, akan mempelajari dua hingga tiga suara yang perlu dibezakan dengan baik ketika persembahan. "Pertukaran suara bagi setiap karakter itu perlu dilakukan dengan tepat, malah pemain perlu bijak menunjukkan perbezaannya, misalnya suara watak gadis kebiasaannya mempunyai kenyaringan lebih tinggi berbanding dengan karakter lelaki. "Dalam masa sama, pemain seni boneka Teochew juga perlu memahirkan diri untuk menukar suara dengan pantas bagi setiap karakter yang dibawa bagi memastikan kelangsungan jalan cerita," katanya yang turut menguasai empat suara berbeza. Goh berkata demikian dalam Bual Bicara Petang bersama PUSAKA yang dikendalikan Pengarah Urusannya, Pauline Fan di Black Box, Publika, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Selain bual bicara, pengunjung juga dipersembahkan dengan persembahan boneka Teochew oleh Kumpulan Kim Giak Low Choon yang diketuai Goh.
PENGARAH Kumpulan Seni Boneka Teochew Kim Giak Low Choon (Kim Giak Low Choon), Ling Goh. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
PERSEMBAHAN mirip wayang kulit mula dapat tempat di festival kesenian.
Cinta Rubah dan Bekas Kekasih
Cinta Si Rubah Kayangan yang mengisahkan perseteruan antara dua wanita yang mengkehendaki cinta lelaki yang sama, menjadi 'salam pengenalan' kepada boneka Teochew buat sebahagian besar penonton pada malam persembahan itu. Sambil diiringi nyanyian dan mainan lagu daripada alatan tradisional termasuk gong, drum dan simbal, pengunjung menyaksikan bagaimana watak Teratai, iaitu si rubah kayangan berusia 1,000 tahun yang menjelma menjadi wanita cantik, jatuh hati pada Sengsheng. Teratai tidak langsung mengetahui selain dirinya, ada wanita yang turut mencintai jejaka itu, iaitu Li Wan.
Li Wan bagaimanapun, bukanlah orang baru pada Shengsheng, sebaliknya adalah kekasih lelaki itu yang meninggal dunia dan kemudian menjelma dalam bentuk lain bagi memastikan dirinya dan Sengsheng dapat terus bersama. Jika wayang kulit dimainkan di sebalik kelir, boneka Teochew yang diperbuat daripada kayu, tanah liat serta kertas pula dimainkan di bahagian hadapan hadangan yang daripada kain bagi membolehkan pemainnya bergerak bebas tanpa dilihat penonton. Setiap latar belakang akan ditukar bersesuaian dengan jalan cerita, sekali gus memberi cabaran kepada pemain untuk pantas bergerak bersilih ganti di ruang pentas yang terhad.
GOH menunjukkan cara menggerakkan boneka Teochew ketika membuat persembahan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din Seni Boneka Penah disisih
Di Malaysia, persembahan boneka Teochew masih boleh disaksikan di Pulau Pinang dan menurut Goh, meskipun masih mempunyai kumpulan pengikut yang tersendiri, seni tradisi itu kini melalui zaman suram apabila persembahannya kini tidak lagi menjadi tarikan kepada generasi muda. Ada kalanya, tiada langsung penonton menonton persembahan mereka, bagaimanapun, katanya keadaan katanya adalah lebih baik berbanding lebih 10 tahun lalu di mana kerjaya sebagai pemain boneka dipandang rendah. "Kini sudah timbul kesedaran bagi memelihara budaya dan kesenian, malahan kami kini sering diberi ruang di pelbagai festival untuk mempersembahkan boneka Teochew. "Bagaimanapun, memang sukar membuat keuntungan melalui seni boneka tradisi tetapi kami masih ingin melakukannya demi minat pada bidang ini," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/129875

0 Komentar untuk " Boneka Teochew wajar dipulihara "