Siti Khadijah luas pasaran di Kedah - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Siti Khadijah luas pasaran di Kedah

SYARIKAT  telekung terkenal, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah) membuka cawangan baharu dan kelapan di Sungai Petani, Kedah untuk memenuhi permintaan tinggi pelanggannya terhadap produk dikeluarkan.

Pengasasnya, Padzilah Enda Sulaiman berkata, Sungai Petani dipilih menjadi lokasi butiknya bertujuan untuk memberikan peluang kepada penduduk Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mendapatkan telekung keluarannya.

Menurutnya, walaupun pelanggan boleh membeli melalui atas talian (online), dia yakin kebanyakan mereka mahu merasai sendiri kualiti kain.

“Telekung Siti Khadijah  mempunyai nilai estetikanya tersendiri iaitu menggunakan material berkualiti tinggi dan  memeri.

“Ciri-cirinya yang sejuk dan lembut menggalakkan Muslimah melakukan ibadah dengan lebih khusyuk tanpa sebarang masalah walaupun dalam keadaan yang agak panas,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Padzilah berkata, Telekung Siti Khadijah sangat berkualiti dan selesa dipakai kerana terus melekap di muka tanpa menggunakan anak tudung.

“Ia memberi kesenangan kepada pemakainya kerana kami mereka bentuk dan pembangunan terhadap telekung dan menginovasinya dengan menjahit telekung terus melekap di muka. Kami juga menambah material bergetah di bahagian kepala supaya anak rambut tidak terkeluar dan memberi kelembutan ketika sujud,” katanya.

Padzilah berkata, untuk pembukaan butik di Sungai Petani, produk Siti Khadijah diperkenalkan kepada orang ramai melalui empat kategori iaitu telekung, pakaian, tudung dan aksesori.

“Bagi produk telekung, Siti Khadijah memperkenalkan Telekung Kids baharu iaitu Pastel Kids dan SE Kids. Telekung dijual seperti TPO (telekung berwarna), BLE, BK dan Denim Travel.

“Telekung paling mendapat sambutan ramai adalah telekung CPKSE dan HPKSE. Kategori pakaian pula seperti Jubah Hawa, Jubah Sulam, Kemeja OS dan kain ihram,” katanya.

Padzilah berkata, Siti Khadijah menjual tudung labuh dan menepati syariah serta sesuai dipakai ketika melakukan ibadah haji dan umrah seperti tudung Aisya Labuh, Tudung Ihram Lace, dan Tudung Ihram Plain.

“Butik Siti Khadijah menjual aksesori seperti sarung lengan berenda, stoking, kotak eksklusif, tali pinggang haji dan kasut Cempaka Cushion Flat,” katanya.

Mengulas mengenai Butik Cattleya, Padzilah berkata, Siti Khadijah membuka cawangan Cattleya di Sungai Petani kerana jenama fesyen Muslimah itu semakin digemari ramai.

“Pengunjung boleh mendapatkan produk Cattleya  yang mengikut gaya terkini dalam memenuhi kehendak Muslimah di abad ini. Terdapat pelbagai koleksi selendang, dress dan keperluan Muslimah lain yang boleh didapati di Butik Cattleya,” katanya.

Siti Khadijah merancang membuka butik di Ipoh, Perak pada Mac nanti.

Selain Malaysia, Siti Khadijah membuka butik di Jakarta, Indonesia.

Siti Khadijah menyediakan perkhidmatan pembelian online bagi pelanggan yang tidak berpeluang mengunjungi butik.

0 Komentar untuk " Siti Khadijah luas pasaran di Kedah "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ