BERMULA jam 6.30 pagi, gerai Hasnah Sulaiman di hadapan Masjid Kampung Batu 23, Machang, Kelantan, tidak pernah sunyi, ada sahaja pelanggan yang singgah membeli sarapan pagi.
Ada yang berbaju uniform, bertali leher, penduduk kampung, pengguna jalan raya dan tidak kurang ibu bapa yang membekalkan makanan untuk anak-anak di sekolah.
Pendek kata pelanggan di kedai Hasnah merangkumi pelbagai latar belakang masyarakat dan penduduk.
Apa tidaknya, dengan menawarkan harga serendah RM2 bagi nasi berlauk dan nasi kerabu, RM1 bagi nasi lemak, mi dan bihun goreng serta empat biji kuih pelbagai jenis, gerai Hasnah atau lebih mesra disapa Kak Nah pasti menjadi pilihan ramai.
Selain harga murah, kepelbagaian menu sarapan yang ditawarkan juga menjadikan gerai Kak Nah tumpuan ramai.
Kak Nah berkata, harga RM2 itu dikekalkan sejak lima tahun lalu sekalipun terpaksa berdepan dengan pelbagai kenaikan kos barangan.
Katanya, keuntungan bukan keutamaan baginya, sebaliknya dia cukup gembira jika sarapan yang disediakannya habis dijual setiap hari.
“Ramai yang tanya ada untung tak jual RM2 sebungkus nasi, tapi bagi saya keuntungan bukan perkara utama, asalkan ada sedikit untung cukuplah. Tak tergamak nak naikkan harga.
“Lagipun nasi ini saya masak sendiri dengan jumlah yang banyak jadi soal tiada untung atau tidak berbaloi, tak timbul. Selagi tidak rasa terbeban, saya akan kekalkan harga ini sampai bila-bila kecuali kuih muih ini ada orang yang letak dan bergantung kepada pengusahanya,” katanya.
Kak Nah berkata, dia bangun seawal jam 4 pagi untuk menyediakan menu sarapan setiap hari dengan dibantu suami, Azman Abu Bakar.
“Saya bermula dengan RM1.50 bagi sebungkus nasi lapan tahun lalu dan dinaikkan 50 sen selepas tiga tahun dan ia kekal hingga sekarang.
“Sekalipun tidak kaya, saya cukup gembira berniaga secara kecil-kecilan sekali gus membantu orang ramai,” katanya.

0 Komentar untuk " Menu sarapan hanya RM2 "