PERTUMBUHAN Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2015 sebanyak 5.0 peratus yang lebih baik daripada jangkaan, akan melonjakkan sentimen terhadap ringgit bagi jangka panjang, kata Ketua Pasaran FXTM, Jameel Ahmad.
Sambil mengalu-alukan perkembangan itu, beliau turut menjangkakan angka itu memberi tempias menerusi peningkatan sentimen terhadap ekonomi Malaysia.
Malah, pemulihan momentum ringgit sebagaimana berlaku baru-baru ini, berkemungkinan turut mendapat rangsangan susulan angka terbaharu KDNK itu.
"Biarpun ada yang mungkin melihatnya sebagai pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding 6.0 pada 2014, perkembangan ini sebaliknya perlu diterima secara optimis.
"Ini kerana, pertumbuhan sebanyak 5.0 peratus itu masih lagi kukuh, terutamanya jika kita mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi ekonomi global pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Namun Jameel mengingatkan, kelemahan di pasaran minyak yang berlanjutan, masih menjadi risiko bagi negara pengeksport komoditi, termasuk Malaysia selain pengaruh 'kempen' Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) untuk menaikkan kadar faedah.
"Kita perlu melihat petunjuk lebih jelas mengenai hasrat Fed pada 2016
sebelum dapat menjangkakan pemulihan berterusan ringgit berbanding dolar Amerika sejak 18 bulan lepas," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Pertumbuhan KDNK lebih baik bantu lonjakkan ringgit "