KEMPEN promosi harga runtuh yang dijalankan di gedung-gedung perniagaan pada musim perayaan akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi negara.
Pakar ekonomi, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, promosi itu akan meningkatkan permintaan domestik bagi menggalakkan penggunaan isi rumah sentiasa aktif.
“Jika tidak, kita akan lihat pasar raya kosong dan tiada orang hendak berbelanja.
“Namun jika penggunaan domestik aktif, kita akan dapat peluang untuk mengembangkan ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata, penggunaan domestik bergerak lebih pantas berbanding pelaburan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
“Pelaburan bergerak lambat sebab pelabur perlu melihat jangkaan dan kadar pulangan.
“Jadi jualan murah merupakan cara yang baik sebab ia membolehkan orang ramai berjimat dengan membeli banyak barangan yang tahan disimpan dalam tempoh lama,” katanya.

0 Komentar untuk " Peluang kembang ekonomi negara "