SEJURUS selepas Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali membuat sidang media mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak melakukan kesalahan jenayah dalam kes melibatkan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, dan mengarahkan SPRM menghentikan penyiasatannya, Datuk Seri Najib menyatakan kelegaannya kerana isu tersebut telah selesai.
Menurut Apandi, wang itu adalah derma peribadi keluarga diraja Arab Saudi dan Najib telah memulangkan AS$620 juta daripada AS$681 juta yang diderma.
Tetapi, tidak ramai yang percaya akan pengumuman itu. Sebaliknya, ia hanya memanjangkan lagi isu tersebut.
Bersih mengemukakan beberapa soalan. Apa terjadi dengan duit yang tidak dipulangkan? Mengapa pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Gani Patail? Mengapa tukarkan dua pegawai SPRM? Mengapa Najib tidak menyaman The Wall Street Journal (WSJ)?
Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menyatakan bahawa, semasa sidang medianya, Apandi telah dengan tidak sengaja mendedahkan dokumen-dokumen yang menunjukkan beberapa transaksi akaun peribadi Najib di AmBank. Dokumen-dokumen itu mengesahkan transaksi yang didedahkan Sarawak Report sebelum ini.
Panel Penilaian Operasi dan Panel Khas SPRM menyatakan SPRM patut terus berhubung dengan Apandi. Maknanya, mereka tidak bersetuju dengan arahan Apandi.
Bagi kebanyakan rakyat, Najib mungkin terlepas dari sudut undang-undang, tetapi tidak terlepas dari sudut moral dan politik.
Pada masa yang sama, terdapat cerita bertentangan dari Arab Saudi. Menurut WSJ, kementerian kewangan dan luar negerinya tiada maklumat tentang derma ini. Manakala BBC melaporkan yang ia wang peribadi Raja Abdullah untuk membantu Najib memenangi PRU13 dan menangani pengaruh Ikhwan Muslimin, yang menurut penderma, adalah organisasi pengganas.
Tetapi, Ikhwan Muslimin bukan kumpulan pengganas. Ia gerakan Islam yang memperjuangkan “Islam sebagai cara hidup yang lengkap”. Teras programnya ialah dakwah dan pendidikan. Adakalanya ia terlibat dalam politik.
Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan di banyak negara Arab. Pemimpin-pemimpinnya telah menghasilkan banyak buku dalam pelbagai bidang. Syed Qutb telah menghasilkan tafsir Quran yang masyhur – Di Bawah Lindungan al-Quran.
Hari ini, Ikhwan Muslimin adalah sebahagian daripada gerakan Islam sedunia. Lain negara, lain namanya dan lain kerangka kerjanya. Tetapi, umumnya, mereka mengongsi idealisme yang sama, contohnya, “Demokrat Muslim” dan “Islam rahmat untuk semua”.
Tokoh antarabangsanya, yang merupakan sarjana dihormati di seluruh dunia, dan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Malaysia beberapa tahun dahulu, Dr Yusuf Qaradawi, mengetengahkan pendekatan “kesederhanaan”.
Kini, antara idea dalam kalangan Demokrat Muslim ialah bahawa di negara demokratik yang bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, kita tidak lagi wajar menggunakan klasifikasi lama yang membahagikan rakyat kepada dua, iaitu “Muslim” dan “kafir dhimmi”. Sebaliknya, semua rakyat wajar dilihat sebagai “saudara sewarga negara”.
Apakah hubungan antara RM2.6 bilion dengan Ikhwan Muslimin? Ia adalah kerana ada pihak yang cuba menulis skrip baharu politik – bahawa parti-parti pembangkang adalah penyokong atau dipengaruhi Ikhwan Muslimin (baca: pengganas).
Tentulah Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang tidak termasuk dalam kumpulan ini. Sebab itu Najib semakin rapat dengannya.
Justeru, apa yang mungkin jadi sasaran ialah gerakan Islam seperti Abim dan Ikram yang, menurut pihak ini, menyokong parti-parti pembangkang, iaitu Keadilan dan Amanah. Dan saya, yang kini Ketua Setiausaha Pakatan Harapan – gabungan pembangkang baharu – kerana sejak dalam Umno, saya secara terbuka mengaku menyokong Ikhwan Muslimin.
Jadi, mungkin ada pembuat cerita yang sedang menulis skrip baharu politik negara ini dengan menyalahkan Ikhwan Muslimin.
#Datuk Saifuddin Abdullah ialah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau aktif di twitter: @saifuddinabd.

0 Komentar untuk " Menyalahkan Ikhwan Muslimin? "